Connect with us

Oh! Media

(Video) ‘Prank’ Benam Kepala Kawan Dalam Kek, Remaja Terkejut Bila Ternampak Lidi Tajam

C4401026 67e0 47f0 838b cd5d8cc39078

Trending

(Video) ‘Prank’ Benam Kepala Kawan Dalam Kek, Remaja Terkejut Bila Ternampak Lidi Tajam

Selalunya bila tiba hari jadi member je, mesti kita dan kawan-kawan yang lain akan ‘plan suprise birthday party’ untuk buat member kita tu gembira betul tak?

Tak dapat dinafikan juga, antara prank paling popular yang selalu dilakukan bila menyambut hari jadi seseorang adalah trend dimana kita akan membenamkan muka (si penyambut hari jadi) ke dalam kek selepas lilin selesai ditiup.

Tidak kurangnya juga di Malaysia ni, macam dah jadi satu trend wajib pula bila kita menyambut hari jadi seseorang. Walaupun prank tu nampak menghiburkan tetapi sebenarnya prank seperti itu sangatlah merbahaya untuk kita lakukan!

IKLAN

Melalui akaun TikTok, Jorgesonrics, baru-baru ini dia telah berkongsi satu video yang memaparkan dua orang remaja lelaki dan perempuan yang secara tiba-tibanya telah menolak kepala dan membenamkan muka rakan mereka ke dalam kek. 

Tetapi maIang buat mereka apabila prank itu hampir bertukar menjadi tragedi apabila muka dan mata rakan mereka hampir tercucuk pada lidi tajam yang ada di dalam kek itu. 

Kedua-dua remaja lelaki dan perempuan itu kelihatan sangat terkejut apabila rakan mereka menarik keluar lidi panjang dari dalam kek.

Part 1:

Part 2:

@sonrixs_

Responder a @juandavis54321 🎂🙌🏻

♬ Las Mañanitas (Cumpleaños Felíz) – Tito Guizar

Aduhhh, kita pula yang ngilu tengok darah keluar dari mata. Harap pembaca-pembaca semua bolehlah jauhi prank-prank yang tak membawa faedah macam ni ya. Bukan saja membazir, silap-silap mata pun boleh buta kalau silap langkah.

Kredit: jorgesonrics

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas