Connect with us

Oh! Media

Pelajar IPTA Syukur Dapat Pulang Sambut Aidilfitri Bersama Keluarga

Trending

Pelajar IPTA Syukur Dapat Pulang Sambut Aidilfitri Bersama Keluarga

Sudah semestinya semua orang mahu pulang dan sambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga yang tercinta. Peluang ini tidak disia-siakan oleh penuntut Universiti Teknologi Mara (UITM) lebih-lebih lagi diwaktu penularan wabak Covid-19 ini.

ADVERTISEMENT

Muhammad Afif Farhan Fauzi, 25 tahun, menyifatkan keputusan Kementerian dan UiTM membenarkan penuntut pulang menyambut Aidilfitri amat dihargai dan sangat wajar.

“Alhamdulillah syukur, saya gembira dapat kembali pada keluarga selepas beberapa bulan tidak berjumpa terutama ketika Aidilfitri bakal menjelang.

“Usaha UiTM dan semua pihak amat wajar, bukan sahaja kami dapat pulang, pengangkutan juga disediakan, terima kasih,” katanya ketika ditemui di perkarangan Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam di sini hari ini.

Penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Perubatan itu dihantar ke UiTM Seri Iskandar, Perak memandangkan dia akan pulang ke kampung halaman di Batu Gajah, Perak.

Muhammad Afif Farhan antara penuntut UiTM kumpulan terawal yang dihantar pulang menerusi Ops Pulang Aidilfitri yang bermula hari ini.

Sementara itu, seorang lagi pelajar Adibah Nur Fatin Sharifuddin, 23 tahun melahirkan rasa kesyukuran dengan peluang yang diberikan untuk beraya bersama keluarganya di Segamat, Johor.

“Seronok dapat balik kampung cuma sedih tiada lagi suasana balik kampung macam dulu, tak dapat beli tiket sendiri, naik bas awam dengan suasana balik kampung sebenar ketika Aidilfitri.

“Saya sudah tahu (kena kuarantin) dan sudah maklumkan kepada keluarga apabila pulang ke sini semula, saya perlu diasingkan selama 10 hari.

“Kawasan saya di Segamat adalah kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya yang akan dihantar ke UiTM Segamat.

Bagi Nor Azura Hanis Halim, 23, pula berkata, disebabkan dia dari kawasan PKP, dia akan kuarantinkan diri terlebih dahulu sebelum bertemu ahli keluarga dalam kalangan warga emas.

“Saya gembira sangat dapat balik jumpa dan tengok wajah ibu ayah, itu cukup menggembirakan.

“Saya tetap jarakkan diri sekejap ada atuk, tok wan yang agak berusia sebelum bergaul dengan mereka semua,” katanya yang akan pulang ke Alor Setar, Kedah.

Menurut Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, Jabatan Pendidikan Tinggi, Dr Mohd Suzeren Md Jamil dalam kenyataan beliau berkata, pelajar yang berada di kawasan PKP perlu mengasingkan diri terlebih dahulu sebelum pulang semula ke kampus masing-masing.

Kredit : HarianMetro

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas