Connect with us

Oh! Media

“Bukan Kes Culik” – Polis Sahkan Tiada Kes Culik Babitkan 2 Warga Asing

Bukan Kes Culik

Trending

“Bukan Kes Culik” – Polis Sahkan Tiada Kes Culik Babitkan 2 Warga Asing

Tular baru-baru ini sebuah kejadian yang tersebar di media sosial berkenaan seorang pemandu e-hailing yang mendakwa dua orang warga Bangladesh telah menculik seorang remaja perempuan berusia 13 tahun ketika mereka menggunakan Perkhidamatan Grab tersebut semalam.

Menurut laporan Harian Metro, Polis daerah Klang Utara melaporkan tiada kejadian culik berlaku melibatkan dua warganegara Bangaladesh itu seperti yang ditularkan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh dalam kenyataannya hari ini berkata, hasil pemeriksaan dua lelaki berkenaan adalah rakan kepada ibu remaja perempuan itu dan mereka keluar bersama untuk membeli barang.

IKLAN

Selepas melihat satu maklumat di laman sosial mengenai kejadian culik yang dikeluarkan sebuah portal berita, polis mengesahkan tiada kes culik berlaku seperti yang ditularkan yang mana dua lelaki itu adalah rakan kepada ibu remaja terbabit dan polis mengesahkan remaja itu kini bersama keluarganya.

Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, Nurulhuda turut memberikan nasihat kepada orang ramai agar tidak terburu-buru memuat naik sebarang rakaman yang boleh menimbulkan keresahan terhadap masyarakat selain turut mengatakan bahawa tindakan akan diambil mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 jika didapati terdapat pihak yang menyebarkan perkara tidak benar.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas