Connect with us

Oh! Media

Pasangan Pemilik Syarikat Umrah Didakwa, 379 Jemaah Terkandas Dengan Kerugian RM2.1 Juta

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Tidak

Pasangan Pemilik Syarikat Umrah Didakwa, 379 Jemaah Terkandas Dengan Kerugian RM2.1 Juta

Kes penipuan pakej umrah melibatkan syarikat Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd terus mendapat perhatian ramai. Pasangan suami isteri, yang merupakan pemilik syarikat tersebut, kini dalam tahanan polis selepas disyaki menipu 379 mangsa dengan kerugian keseluruhan dianggarkan bernilai RM2.1 juta.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima 31 laporan polis setakat ini, termasuk daripada 19 mangsa yang mewakili setiap keluarga, 11 laporan ejen, dan satu laporan dari Kementerian Pelancongan.

Esok semua individu yang ditahan akan disambung reman. Siasatan masih diteruskan.- Katanya.

300 jemaah umrah terkandas, penerbangan ditunda…

Img 0936

Insiden ini bermula apabila kira-kira 300 jemaah umrah terkandas setelah penerbangan mereka ke Tanah Suci ditunda oleh syarikat tersebut.

IKLAN

Kejadian ini menjadi tular di media sosial, mencetuskan kemarahan ramai yang menyifatkan tindakan syarikat itu sebagai tidak bertanggungjawab.

Menurut laporan, syarikat Hejira Travel & Tours mula beroperasi sejak 2022, tetapi hanya berpindah ke premis tiga tingkat di Sepang pada Oktober tahun lalu.

Pasangan suami isteri berusia 31 tahun itu ditahan selepas mengadakan sidang media bersama sebuah NGO, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), untuk menjelaskan isu berkenaan.

Syarikat umrah buat permohonan maaf terbuka dan tiga tawaran penyelesaian…

Img 0934

Susulan insiden tersebut, Pengarah Urusan Hejira Travel & Tours membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua jemaah yang terlibat. Dalam kenyataannya, mereka menawarkan tiga penyelesaian, termasuk:

1. Pemulangan 100 peratus wang kepada jemaah.

2. Menyusun semula tarikh penerbangan.

3. Penukaran pakej kepada pakej lain.

Namun, tawaran tersebut masih belum memadam kemarahan dan kekecewaan para mangsa yang merasa teraniaya, terutama mereka yang telah lama menyimpan wang untuk menunaikan umrah.

#OhmediaNasihat

Sebagai pengguna, kita harus sentiasa berhati-hati dalam memilih syarikat pelancongan atau pengendali umrah. Pastikan syarikat tersebut mempunyai lesen yang sah daripada pihak berkuasa seperti Kementerian Pelancongan.

Selain itu, lakukan semakan latar belakang syarikat sebelum membuat bayaran besar. Jangan biarkan keinginan menunaikan ibadah umrah menjadi peluang untuk pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas