Connect with us

Oh! Media

Padah Ceroboh Hutan Untuk Berkelah, 11 Individu Ditahan

hutan simpan

Trending

Padah Ceroboh Hutan Untuk Berkelah, 11 Individu Ditahan

Hasrat 11 individu termasuk seorang wanita untuk berkelah tidak kesampaian apabila mereka ditahan disyaki menceroboh Hutan Simpan (HS) Amanjaya di daerah Hulu Perak.

ADVERTISEMENT

BACA: Hutan Simpan Kekal Selangor Masih Tutup, Berkelah Tidak Dibenarkan

Kosmo! Online melaporkan, mereka masuk ke hutan menaiki lima buah kenderaan pacuan empat roda. Mereka dipercayai ditahan kira-kira jam 1 pagi ketika dalam perjalanan menuju ke Hutan Simpan Temenggor.

Pengarah Jabatan Perhutanan Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop dalam satu kenyataan berkata, kesemua yang ditahan didapati melakukan kesalahan memasuki Hutan Simpanan Kekal (HSK) tanpa kebenaran setelah gagal mengemukakan sebarang dokumen.

Semalam, Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak menerima satu maklumat berkaitan aktiviti pemanduan lasak kenderaan pacuan empat roda di dalam hutan tersebut.

Sepasukan penguat kuasa dari Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak kemudian menjalankan pemantauan di kawasan yang disyaki dimasuki kumpulan tersebut.

Menurutnya lagi, kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 47(1) Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985 iaitu kesalahan memasuki HSK tanpa permit.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM10,000, penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Foto: Utusan

Difahamkan, suspek telah dilepaskan dengan jaminan polis manakala semua lima kenderaan pacuan empat roda disita dan dibawa ke Stor Rampasan Bandariang.

Dalam pada itu, Jabatan Perhutanan Perak memberi peringatan bahawa semua aktiviti rekreasi di dalam HSK adalah tidak dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kredit: Kosmo! Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas