Connect with us

Oh! Media

Hutan Simpan Kekal Selangor Masih Tutup, Berkelah Tidak Dibenarkan

hutan simpan

Trending

Hutan Simpan Kekal Selangor Masih Tutup, Berkelah Tidak Dibenarkan

Baru-baru ini tular di media sosial foto menunjukkan kawasan Hutan Simpan di negeri Selangor sesak dengan kehadiran orang ramai. Kunjungan mereka ke kawasan tumpuan itu mungkin disebabkan kekeliruan dengan kawasan rekreasi yang dibenarkan untuk aktiviti riadah.

ADVERTISEMENT

BACA: Sungai Pisang Dipenuhi Sampah, Kesal Lihat Tangan-Tangan Manusia Rosakkan Bumi

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian dalam laporan Sinar Harian berkata, kawasan perkelahan dalam hutan simpanan kekal (HSK) di Selangor masih ditutup kepada pengunjung dalam tempoh peralihan Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Foto: Hee Loy Sian

Katanya, sebarang aktiviti di kawasan terbabit masih tidak dibenarkan buat masa ini. Malah, kerajaan negeri dengan kerjasama polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengambil tindakan secara bersepadu memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

hutan simpan
Foto: Kosmo!

Tindakan mengusir mereka akan dilakukan dan jika masih berdegil serta datang semula kita terpaksa mengeluarkan kompaun terhadap mereka.

Sekarang ini orang ghairah hendak melancong kerana sudah lama terkurung di rumah, jadi kalau ada peluang mereka akan keluar namun perlu mematuhi SOP ditetapkan.

Jelas ADUN Kajang ini lagi, orang ramai hendaklah memanfaatkan kebenaran rentas daerah untuk melancong dengan sebaik-baiknya. Orang ramai hendaklah mematuhi arahan yang telah dikeluarkan kerajaan ketika berada di kawasan rekreasi.

Beliau berkata, setakat ini yang bermasalah ialah di kawasan HSK. Jika berada kawasan terbuka seperti pantai, pihak berkuasa boleh memantau pematuhan SOP dalam kalangan pengunjung.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas