Connect with us

Oh! Media

“Keras Betul Body S70” – Kereta Langgar Papan Tanda Sampai Tumbang, Pemandu Hanya Luka Kecil

Ohmedia s70

Oh! Tidak

“Keras Betul Body S70” – Kereta Langgar Papan Tanda Sampai Tumbang, Pemandu Hanya Luka Kecil

Tular di media sosial perkongsian video mengenai satu kemalangan melibatkan kereta Proton S70 merempuh tiang papan tanda di lebuh raya.

Dalam video yang dimuat naik pengguna TikTok, @mazzproton, papan tanda dilihat tumbang manakala kereta terbalik dipercayai akibat dipandu secara laju.

Tengok sampai habis keadaan kereta

@mazzproton

S70 adalah satu sedan yg sangat ‘kebal’ dgn level safety yg sgt tinggi. Kokpit pemandu dan bahagian tengah penumpang tidak terjejas.. mangsa semua selamat dan cuma cedera ringan. Inilah kenderaan utk kebaikan keluarga anda . Duit boleh cari tp nyawa dan keselamatan tiada harganya..DM 0️⃣1️⃣3️⃣3️⃣7️⃣4️⃣7️⃣4️⃣9️⃣9️⃣ kalau berminat dgn kereta ni #mazzproton #protonmalaysia #trustedseller

♬ original sound – Mazz Proton – Mazz Bukan Influencer

Apa yang menarik perhatian netizen adalah ‘kekebalan’ kereta tersebut dan keupayaannya melindungi pemandu yang hanya cedera ringan.

IKLAN

Ada yang tak tahu, Proton S70 kuat sampai tiang besar setinggi pun dia boleh jatuh kan.

Dapat dilihat bahagian depan dan belakang kereta mengalami kerosakan teruk. Namun, bahagian kabin tengah kekal utuh.

Dalam salah satu komen di video tersebut, seorang pengguna TikTok mendedahkan bahawa mangsa adalah adiknya.

Netizen puji keselamatan kereta keluaran Proton

Proton

Kereta adik saya. Owner tak ada masalah apa. Luka sikit-sikit je. Alhamdulillah. Tapi memang terbukti safety Proton terbaik juga.

Menurut pemilik akaun, ini merupakan kali kedua pemandu terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kerosakan total.

Proton S70 tersebut baru sahaja dibeli dan digunakan beberapa bulan selepas kemalangan sebelumnya yang melibatkan Perodua Myvi.

#ApaKataOhmedia

Pergh terbukti kereta buatan Malaysia juga terbaik dengan ciri keselamatan yang padu. Namun, pemandu dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati di jalan raya.

Ohmedia s70

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: TikTok @mazzproton


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas