Connect with us

Netizen Protes Hukuman Penjara 6 Tahun Untuk Pemandu Myvi

Oh! Tidak

Netizen Protes Hukuman Penjara 6 Tahun Untuk Pemandu Myvi

Nampaknya semakin panas cerita pemandu Myvi bila keluar keputusan mahkamah semalam. Pemandu Myvi atau nama sebenarnya Nur Fatin Nasrah Suhaimi, menerima hukuman penjara enam tahun dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru setelah mengaku bersalah atas kesemua lima pertuduhan.

BACA : Pemandu Myvi Rempuh Anggota Tentera Hingga Maut Ke Mahkamah Dengan 5 Pertuduhan

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati ke atas hukuman yang dikenakan kepada Nur Fatin. Ramai yang menyatakan bahawa hukuman penjara enam tahun dan denda RM8,000 tidak setimpal dengan nyawa seorang anggota tentera.

Ini antara komen netizen di Facebook dan Twitter yang telah ditinjau team Oh! Media;

Diharap netizen boleh bersabar dengan apa saja keputusan mahkamah, semua keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah dalam negara kita dibuat berdasarkan bukti-bukti serta keterangan yang telah diberi dalam tempoh perbicaraan. Apa pun kita doakan yang terbaik buat keluarga arwah.

Kredit: Facebook, Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top