Connect with us

Oh! Media

Pemandu Myvi Rempuh Anggota Tentera Hingga Maut Ke Mahkamah Dengan 5 Pertuduhan

Trending

Pemandu Myvi Rempuh Anggota Tentera Hingga Maut Ke Mahkamah Dengan 5 Pertuduhan

Pemandu Myvi yang menyebabkan kematian seorang anggota tentera dalam kemalangan jalan raya Sabtu lalu, hadir ke Mahkamah Johor Bahru hari ini pada jam 8.40 pagi.

ADVERTISEMENT

Dia dilihat memakai jaket hitam serta disorong menaiki kerusi roda oleh polis trafik pengiring sebelum masuk ke Mahkamah Majistret.

Selain dikenakan tindakan memandu sehingga menyebabkan kematian, wanita berusia 23 tahun itu juga bakal dikenakan empat lagi pertuduhan termasuk penyalahgunaan dadah, tidak memiliki lesen memandu serta cukai jalan yang dipercayai sudah tamat tempoh.

Itulah padahnya bila memandu dalam pengaruh dadah, tak pasal-pasal melayang nyawa orang lain. Korang jangan sesekali dekati dadah, banyak lagi benda berfaedah boleh buat dekat dunia ni. Harap pesalah dapat hukuman yang setimpal dan semoga keluarga arwah dapat hadapi ujian ni dengan tabah.

OH MEDIA: RISAU LA NAK MEMANDU ZAMAN SEKARANG NI, KADANG TU SALAH ORANG LAIN TAPI KITA JUGA YANG MERANA.

Kredit: Berita Harian

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas