Connect with us

Oh! Media

Murid Bakal Bergelar OKU Lepas Kena Strok Haba Sebab Cikgu Denda Berjemur Di Padang

Oh! Tidak

Murid Bakal Bergelar OKU Lepas Kena Strok Haba Sebab Cikgu Denda Berjemur Di Padang

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita murid mengalami strok haba sampai mengalami masalah saraf yang disebabkan oleh cikgunya sendiri. Apa pula kes kali ni?

ADVERTISEMENT

BACA: “Pening Tengok” – Isteri Guru Mengaku Buang Hadiah Frame Atau Barang RM2 Yang Diberikan Murid

Menurut laporan Harian Metro, seorang murid darjah lima mengalami heat exhaustion kerana didenda berjemur di padang oleh cikgu sekolahnya.

Lebih menyedihkan, ibu mangsa, AD Mogahana Selvi berkata kanak-kanak itu mungkin akan bergelar sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).

Pihak hospital juga memaklumkan kepada saya bahawa anak sudah tidak boleh belajar di sekolah biasa akibat masalah kesihatan dialaminya dan minta saya hantarnya ke sekolah khas selepas ini.

Terus terang cakap saya sakit hati bila tengok keadaan anak tidak macam biasa. Dulu dia kerap bermain dengan abang dan adiknya, sekarang dia banyak menyorok dan bercakap sendiri.

Lagi menimbulkan kemarahan, pihak sekolah telah mengeluarkan surat amaran sebab mangsa tidak hadir ke sekolah dalam tempoh dua minggu.

Tetapi dalam tempoh itu, isu murid terbabit yang dijemur tidak dibincangkan dengan ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

Susulan itu, ketika sidang media sedang berlangsung, ibu bapa mangsa akan diwakili peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap semua yang terbabit dan guru berkenaan.

Kes ini memberi tekanan kepada ibu bapa mangsa terutamanya Mogahana yang kini mengandung tiga bulan, apabila terpaksa menerima hakikat yang kehidupan normal anaknya sudah berubah.

Disebabkan itu selain tuntutan sivil, kami mahu guru terbabit dituduh di mahkamah dan dikenakan tindakan setimpal (jika disabitkan).

Sekarangkan suhu dah tak menentu, patutnya tak perlulah denda berjemur walaupun murid tu buat silap. Diharapkan murid tersebut akan kembali sihat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas