Connect with us

Oh! Media

“Menyusahkan Orang” – Jadi Punca Kesesakan Lalu Lintas Kerana Beri Minyak Percuma, Caprice Mohon Maaf Tak Semua Dapat Merasa

Trending

“Menyusahkan Orang” – Jadi Punca Kesesakan Lalu Lintas Kerana Beri Minyak Percuma, Caprice Mohon Maaf Tak Semua Dapat Merasa

Siapa tak kenal dengan Caprice yang seringkali memuat naik video memberikan pandangan serta pendapatnya terhadap isu-isu yang berlaku di dalam mahupun luar negara.

ADVERTISEMENT

BACA: Isteri DDNK Baling Bantal, ‘Koyak’ Dengan Dakwaan Sesetengah Pihak Ketika Bertemu Caprice

Baru-baru ini, pempengaruh Instagram itu ada memuat naik video menguar-uarkan bahawa dirinya ingin memberikan minyak percuma kepada mereka yang berkesempatan untuk hadir di sebuah stesen minyak bertempat di Jalan Jelatek II.

Video dimuat naik Caprice itu dilihat mendapat sambutan apabila ramai pengguna jalan raya berpusu-pusu hadir bagi mendapatkan minyak percuma tersebut.

@daneerfaizal nak belanja minyak tu bagus … tapi jangan lah menganggu pengguna jalan raya yang lain … #fyp #fyp #fyp ♬ original sound – @blackpesol

Keadaan jadi tak terkawal sampaikan stesen minyak perlu ditutup sementara

Namun begitu, niat baik Caprice itu kelihatan tidak kena pada tempat dan waktu apabila telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan tersebut.

@daneerfaizal kepada penerima sumbangan minyak patrol tolong laa mengikut peraturan jalan raya … #fyp #fyp #fyp ♬ original sound – @blackpesol

Difahamkan kesesakan lalu lintas itu berlaku apabila bekalan minyak sudah kehabisan sedangkan pengguna jalan raya yang masih lagi beratur untuk mendapatkan minyak percuma itu.

@daneerfaizal orang kampung dah mengamok…. adoii #hadir #support #orangkampung …. #fyp #fyp #fyp ♬ original sound – @blackpesol

Caprice mohon maaf

Susulan daripada itu, Caprice memuat naik satu video permohonan maaf menerusi laman Instagramnya berhubung kejadian luar kawalan tersebut.

Pertama sekali Caprice nak minta maaf pada Titiwangsa, Setiawangsa, Keramat sehinggalah ke Ampang. Kita tak sangka kecoh, ‘havoc’ dan sesak sampai Ampang.

Walaupun kita ada RELA dan pihak polis trafik di kawasan sekitar, kami tak mampu untuk kawal keadaan (kesesakan). Saya minta maaf sebagai penganjur.

Jelas Caprice, kesesakan lalu lintas itu telah menyebabkan ramai kakitangan kerajaan yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan pemberian minyak percuma itu.

Disebabkan itu, Caprice memaklumkan bahawa dia akan mengadakan semula pemberian minyak percuma khas buat kakitangan kerajaan.

Selepas minyak habis dan kita terpaksa tutup stesen minyak sementara, Cap perasan ada ramai kakitangan kerajaan daripada askar, jururawat yang beratur lama-lama, tak dapat isi minyak.

Cap rasa sangat-sangat bersalah sebab ‘family’ Caprice pun kakitangan kerajaan. Saya rasa sangat bersalah, jadi saya ingin buat semula, satu lagi khas untuk kakitangan kerajaan sahaja di Kuala Lumpur.

Bagus dah niat Caprice tu cumanya bila nak buat perkara macam ni, mungkin Caprice boleh hadkan berapa maksimum kenderaan yang boleh diberikan minyak percuma tu supaya perkara macam ni tak berulang lagi.

Kredit: TikTok daneerfaizal | Instagram Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas