Connect with us

Oh! Media

Meja Letak Barangan Bantuan ‘Food Bank’ Dibawa Lari

Trending

Meja Letak Barangan Bantuan ‘Food Bank’ Dibawa Lari

Kecoh di media sosial sebelum ini apabila terdapat segelintir individu yang mengambil barangan di ‘food bank’ yang tersedia dengan kualititi yang berlebihan dan dianggap memetingkan diri sendiri. Bukan korang jer yang sesak tau, tapi ramai lagi!

ADVERTISEMENT

Menerusi laporan Kosmo, bukan setakat makanan jer yang lesap, sekali meja untuk meletakkan barangan di ‘food bank’ juga hilang dan dipercayai telah dilarikan.

Kalau korang perhatikan, masih ada lagi barangan bantuan seperti bihun dan tepung tapi diletakkan di lantai sahaja selepas meja tersebut hilang. Terdapat juga satu nota bertulis ‘tolong kembalikan meja saya’ yang dipercayai dari pemilik ‘food bank’ berkenaan.

Walaubagaimanapun, lokasi kejadian tersebut tidak dapat dikenalpasti. Apapun, semoga segala urusan kita dipermudahkan selagi wabak ini masih ada.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas