Connect with us

Oh! Media

Selangor Dijangka Beralih Ke Fasa 2 PPN Pada September Ini

Trending

Selangor Dijangka Beralih Ke Fasa 2 PPN Pada September Ini

Hampir kesemua rakyat di negeri Selangor tertanya-tanya bila agaknya Fasa Satu PPN di negeri ini akan habis susulan peningkatan kes yang tinggi ketika ini, betul tak?

ADVERTISEMENT

Kalau korang nak tahu, kerajaan negeri Selangor jangka bahawa Selangor akan memasuki Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada September ini. 

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata untuk mengurangkan jumlah jangkitan di negeri ini adalah dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa daerah di Selangor.

Bagi mencapai Fasa Dua PPN, kita perlu meningkatkan jumlah vaksinasi harian penduduk dan kita menjangkakan menjelang minggu depan sebanyak 10 peratus golongan dewasa sudah menerima vaksin.

Kerajaan Selangor juga sudah mengadakan perbincangan semalam dan mengesyorkan kepada MKN supaya mempertimbangkan untuk hanya membenarkan sektor yang perlu sahaja beroperasi di kawasan PKPD.

Kami berharap cadangan mengekalkan penutupan sektor ekonomi dan industri sehingga tamat PKPD dipertimbangkan.

Semoga kita semua dapat hidup normal seperti sebelum ini. 

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas