Oh! Tidak
“Masalahnya Dalam Ic Perempuan” – Lepas Seminggu Kahwin Suami Dapat Tahu ‘Isteri’ Seorang Lelaki
Sering kita dengar ramai pasangan yang telah membuat keputusan untuk bernikah di sempadan Thailand disebabkan hal-hal tertentu.
Ada yang memilih untuk bernikah di sana hanya kerana tidak mendapat persetujuan daripada keluarga. Ada juga yang ingin menjimatkan kos perkahwinan. Hal ini kerana, syarat pernikahan di sana tidak seketat di Malaysia.
Menerusi Tiktok @hafiznurnassociates, baru-baru ini tular seorang individu telah mengalami satu kejadian yang tidak disangka-sangka apabila dia telah ditipu oleh pasangannya sendiri.
Difahamkan pasangan tersebut telah melangsungkan perkahwinan mereka di Thailand.
Pada awalnya, mereka menjalani kehidupan rumah tangga seperti biasa, tetapi selepas seminggu lelaki tersebut membuat permohonan untuk membatalkan pernikahannya (faraq nikah).
Menurut Tuan Hafiz, lelaki tersebut baru mengetahui bahawa ‘isteri’ yang dinikahinya itu ialah seorang lelaki.
Apa yang lebih membuatkan lelaki itu yakin, kerana kad pengenalan ‘isterinya’ menunjukkan bahawa dia seorang wanita.



Di ruangan komen, pelbagai soalan yang diajukan kepada peguam tersebut kerana mereka keliru dengan kejadian yang berlaku ini.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook…
Rujukan kami: @hafiznurnassociates
