Connect with us

Oh! Media

Malaysia Tambah Satu Lagi Kes Omicron

satu lagi kes

COVID-19

Malaysia Tambah Satu Lagi Kes Omicron

Sebelum ini, Malaysia telah mencatatkan satu kes varian Omicron pada 2 Disember lalu dan kini, satu lagi kes melibatkan varian Omicron telah dikesan di Malaysia.

ADVERTISEMENT

BACA: Selepas Omicron, China Lapor Varian Delta Terbaharu, ‘Sub-Lineage AY.4’

Dengan tambahan satu lagi kes ini, jumlah kumulatif kes yang dikesan membabitkan varian Omicron di Malaysia adalah sebanyak dua kes.

Kes melibatkan kanak-kanak berusia lapan tahun

satu lagi kes

Menerusi Utusan, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyatakan varian baru itu dikesan pada 14 Disember lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas menjalankan ujian ke atas 52 sampel yang dikesan positif Covid-19 dikalangan pelancong.

Kementerian Kesihatan telah menjalankan ujian ke atas 52 sampel daripada 52 kes positif Covid-19 dalam kalangan pengembara dari 6 sehingga 10 Disember.

Daripada jumlah ini, satu sampel menunjukkan berkemungkinan rujukan genom yang dijalankan selanjutnya ke atas sampel tersebut, telah disahkan varian Omicron pada 14 Disember. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dikesan varian di Malaysia adalah sebanyak dua kes.

Kedua-dua kes merupakan jangkitan import dari luar negara. Kes yang baru ini merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun warganegara Malaysia yang menetap bersama keluarga di Lagos, Nigeria.

Semoga kes varian Omicron ini berakhir dengan cepat dan tidak merebak dengan lebih meluas lagi. Dah nak tahun 2022, takkan la kita kena ulang lagi pengalaman dua tahun yang memeritkan sebelum ini kan?

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

30 Hari Paling Trending

Ke Atas