Connect with us

Oh! Media

Belasah ‘Junior’ Sampai Rusuk Kiri Bengkak, Dua Pelajar Ditahan Polis

junior

Trending

Belasah ‘Junior’ Sampai Rusuk Kiri Bengkak, Dua Pelajar Ditahan Polis

Kejadian di Muar, Johor, dua pelajar telah ditahan oleh pihak polis selepas membuli seorang pelajar junior sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian rusuk kiri.

ADVERTISEMENT

BACA: Kes Buli MRSM, Mangsa Dipukul Selepas Tegur Suspek Berhenti Tengok Video Lucah

Menurut Kosmo, sekumpulan pelajar ‘senior’ telah membuli seorang pelajar junior kerana tidak puas hati dengan sikap mangsa dan rakan-rakannya.

Senior tak puas hati dengan sikap junior

junior

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip menyatakan suspek yang berusia 16 tahun telah ditahan di Johor Bahru dan Kuala Sungai Baru, Melaka selepas 24 jam pihak mereka menerima laporan.

Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menerima laporan petang semalam berhubung kejadian buli terhadap mangsa yang berusia 14 tahun. Mangsa telah mengalami kecederaan bengkak di bahagian rusuk kiri.

Hasil siasatan mendapati telah dibuli kumpulan ‘senior’ berkenaan pada 9 Disember lalu di sebuah sekolah menengah dalam daerah ini sehingga mangsa terpaksa menerima rawatan di hospital.

Beliau juga turut menyatakan kejadian buli itu berpunca daripada beberapa pelajar senior yang tidak puas hati dengan sikap mangsa dan rakan-rakannya.

Polis masih lagi mengesan suspek lain yang turut terlibat sama dalam kejadian buli ini.

Mak ayah hantar pergi sekolah untuk belajar, tapi lain yang dibuatnya. Kadang pelik dengan sikap pembuli ni, apa yang mereka dapat dengan membuli? Dah rasa hebat sangat ke sampai nak belasah anak orang?

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas