Connect with us

Oh! Media

Mahu Bayi Tidur Sepanjang Malam, Amah Campur Susu Dengan Ubat Mengantuk

anarex

Trending

Mahu Bayi Tidur Sepanjang Malam, Amah Campur Susu Dengan Ubat Mengantuk

Gara-gara ingin bayi yang dijaga tidur nyenyak sepanjang malam, seorang pembantu rumah Indonesia bertindak mencampurkan ubat Anarex ke dalam susu bayi.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Pembantu Rumah Kantoi Bawa Lari Barang Majikan, Siap Panggil Lori!

Memetik laporan Utusan Malaysia, Anarex merupakan sejenis ubat mengantuk yang kebiasaannya digunakan untuk merawat demam, selesema dan tahan sakit.

Kejadian yang berlaku di Singapura itu menyebabkan tertuduh dipenjara selama enam bulan selepas didapati bersalah.

Menceritakan kembali kronologi kes, pada 5 Disember tahun lalu, ibu mangsa menyuruh tertuduh memberikan susu kepada bayinya yang berusia 13 bulan ketika itu.

Tertuduh kemudiannya ke dapur mengambil botol susu yang sudah mengandungi 100 milimeter susu dan masuk ke bilik untuk mengambil pil Anarex di dalam almari.

Selepas melarutkan pil Anarex ke dalam botol susu, dia memberikannya kepada bayi. Susu diminum sekitar 90 milimeter dan bayi terlelap 20 minit kemudian.

Sekadar gambar hiasan

Kejadian mula disedari sepupu bayi itu selepas dia ternampak sesuatu berwarna biru dan putih di dalam botol susu.

Setelah diperiksa, tertuduh mengaku bersalah dan meminta maaf.

Tertuduh difahamkan sedar mengenai kegunaan Anarex yang mampu melemahkan badan serta membuatkan seseorang mengantuk kerana dia pernah mengambilnya beberapa kali.

Dia merancang memberikan pil itu pada lewat petang supaya bayi tidur sepanjang malam tanpa diberikan susu.

Mahkamah diberitahu wanita berkenaan sudah 14 bulan bekerja menjaga anak serta melakukan kerja rumah.

Selama tempoh itu, dia tidak mempunyai sebarang masalah kecuali berasa penat kerana perlu menjaga bayi. Namun, dia tidak pernah mengadu hal itu kepada majikan.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas