Connect with us

Oh! Media

Ramai Tak Puas Hati Pesalah Terlepas Hukuman Gantung, Peguam Ini Perjelaskan Secara Ringkas

Ohmedia zulfarhan

Trending

Ramai Tak Puas Hati Pesalah Terlepas Hukuman Gantung, Peguam Ini Perjelaskan Secara Ringkas

Keputusan Hakim Datuk Azman daripada Mahkamah Tinggi mengenai hukuman enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terlepas hukuman gantung sampai mati menjadi pendebatan. Mereka terlepas hukuman itu di atas pertuduhan membunuh Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lalu.

BACA: Terlepas Hukuman Mati, Enam Tertuduh Dipenjara 18 Tahun Cederakan Zulfarhan

Enam pesalah utama, Akmal Zuhairi, Azamuddin Mad Sofi, Najib Mohd Razi, Afif Najmudin, Abdoul Hakeemm dan Mohamad Shobirin hanya dikenakan hukuman 18 tahun penjara. 12 lagi rakan mereka yang bersubahat pula hanya dikenakan penjara selama 3 tahun. Ini membuatkan orang ramai tertanya adakah undang-undang negara kita lemah?

IKLAN

Peguam perjelas secara ringkas di TikTok

Seorang peguam menerusi akaun TikToknya tampil memberi sedikit info mengenai fakta kes. Dia menjawab persoalan yang diajukan kepadanya oleh seorang pengguna TikTok.

Jelas lelaki yang dikenali sebagai Syafiqsb123 ini, pelaku dalam kes Zulfarhan tersebut telah didapati bersalah menyebabkan kecederaan tanpa niat untuk membunuh Allahyarham Zulfarhan.

Enam tertuduh yang disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 telah ditukar kepada Seksyen 304 (a) Kanun Kesekssan yang dipinda daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 30 tahun.

Buletin TV3

Manakala 12 lagi penuntut UPNM yang turut terlibat  telah disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 7 tahun.

Allahyarham Zulfarhan dilaporkan telah didera dengan kesan lecur 80 peratus sebelum meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat UPNM Kem Perdana, Sungai Besi antara jam 2.30 pagi hingga 5.30 pagi 21 Mei 2017.

@syafiqsb123

Kenapa Pelaku dalam Kes Zulfarhan UPNM terlepas Hukuman Mati 302? #criminal #law #upnm #zulfarhan #learnontiktok #fyp

♬ #FoodDance – Jaydenhawkeycomauwwwkissuk

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas