Connect with us

Oh! Media

Lelaki Terajang Wanita Rupanya Abang Sendiri, Bengang Adik Tinggalkan Ibu Sedang Sakit Demi Kekasih

Oh! Tidak

Lelaki Terajang Wanita Rupanya Abang Sendiri, Bengang Adik Tinggalkan Ibu Sedang Sakit Demi Kekasih

Sebelum ini tular satu rakaman video memaparkan aksi seorang lelaki memukul dan terajang seorang perempuan tanpa belas kasihan buatkan netizen bengang terhadap si pelaku.

ADVERTISEMENT

BACA : “Satu Malaysia Cari Kau Bro” – Netizen Berang Tengok Aksi Lelaki Terajang, Pukul Wanita

Kalau tengok video tu, korang boleh dengar mangsa menunduk dan menangis tahan sakit ketika diterajang. Kesian betul..

Menerusi laporan Kosmo, rupanya lelaki tersebut merupakan abang kepada wanita yang dipukul itu. Dah kenapa sampai nak terajang macam tu sekali..

Kejadian itu berlaku sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah dan berpunca daripada masalah keluarga. Lelaki berkenaan didakwa marah kerana adiknya selamba tinggalkan ibunya yang sedang sakit untuk berjumpa dengan kekasih.

Walaubagaimanapun, pihak polis masih belum lagi menerima sebarang maklumat berhubung kejadian itu serta mengesahkan sama ada ianya berlaku di Kota Kinabalu ataupun bukan dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah

Orang ramai yang mempunyai info diminta untuk tampil memberikan maklumat mengenai kejadian itu. Tapi kalau betul pun, kenapa sampai nak terajang macam tu kan? Kalau hilang nyawa adiknya tu nanti macam mana?

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas