Connect with us

Oh! Media

Lelaki Maut Digilis, Gara-Gara Pemandu Lori Menukar Laluan Ke Laluan Moto

Oh! Tidak

Lelaki Maut Digilis, Gara-Gara Pemandu Lori Menukar Laluan Ke Laluan Moto

Seorang lelaki telah dilaporkan maut selepas motosikalnya dikatakan bergesel dengan sebuah lori dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke Kuala Lumpur semalam.

ADVERTISEMENT

Ketua Polis Daerah Gombak berkata,  kejadian itu berlaku kira-kira pukul 7.55 pagi sewaktu lori yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 57 tahun itu dipercayai sedang dalam perjalanannya menghala ke Shah Alam dari arah Rawang.

Selepas lori itu melepasi tol Rawang, ia telah bergesel dengan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki berusia 26 tahun dan telah mengakibatkan motosikal itu hilang kawalan dan terjatuh ke atas jalan raya.

Mangsa yang terjatuh kemudiannya digilis oleh lori itu mengakibatkan lelaki itu maut akibat kecederaan parah pada kepala dan badan. – Kata Asisten Komisioner Arifai Tarawe.

Siasatan awal juga mendapati lori itu dikatakan telah memasuki laluan motosikal berkenaan sebelum kejadian berlaku.

Mayat mangsa telah dibawa ke Forensik Hospital Selayang untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Katanya.

Hati-hati semua ketika dijalan raya. Tidak kiralah anda bawa lori atau motosikal sekali pun, sila pastikan anda patuhi undang-undang lalu lintas yang telah ditetapkan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top