Connect with us

Oh! Media

Ini Mesej Terakhir Pembantu Perubatan Sebelum Maut Jatuh Bangunan

Trending

Ini Mesej Terakhir Pembantu Perubatan Sebelum Maut Jatuh Bangunan

Kalau bercakap soal depression atau masalah kesihatan, memang susah kita nak detect pada mana-mana individu kalau sekadar lihat dari mata kasar. Lebih membimbangkan jika masalah ini membawa kepada isu yang lebih besar seperti bunuh diri.

ADVERTISEMENT

Di Ipoh, seorang pembantu perubatan dipercayai telah terjun dari tingkat 3 bangunan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), semalam. Mayatnya telah dijumpai terbaring oleh pengawal keselamatan dengan kesan kecederaan parah di kepala. Mangsa telah disahkan mati di tempat kejadian.

Menurut rakan sekerjanya, mangsa memang ada kelihatan murung sejak beberapa hari kebelakangan namun dia tidak share situasinya dengan sesiapa. Pihak polis juga difahamkan mangsa memang menderita masalah kesihatan. Berdasarkan siasatan juga, polis telah menemui kad kaunseling dan sekeping nota ditinggalkan dalam beg mangsa.

Dalam nota tersebut, mangsa telah memohon maaf pada keluarga dan rakan-rakan serta menyatakan yang dia dah tak mampu lagi nak harungi kehidupan dengan masalah kesihatan yang dihidapinya.

“Saya mati kerana saya tidak boleh tahan masalah kesihatan, saya tidak boleh berfikir normal. Sorry amma, Sumana dan kawan-kawan, saya tidak mahu susahkan lagi awak semua.” – katanya.

Menurut laporan, mangsa sudah bertugas di hospital tersebut lebih setahun lalu, dan dipercayai akan berkahwin pada Mei depan. Mayat mangsa telah pun dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Kredit: Kosmo!

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas