Connect with us

Oh! Media

Lelaki Lapor Polis Dakwa Dimaki, Dihalau Pegawai Imigresen

Trending

Lelaki Lapor Polis Dakwa Dimaki, Dihalau Pegawai Imigresen

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian di Imigresen Pusat Transformasi Bandar (UTC), Seksyen 14, baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

BACA: “This Is Misleading Harith”, Ini Respon Ketua Imigresen Malaysia Tentang Lawak 2 Kaunter Buka Di KLIA

Namun siasatan mendapati tidak berlaku unsur jenayah dan kes dirujuk kepada Jabatan Imigresen Selangor untuk siasatan dalaman pihak mereka.

Difahamkan, laporan dibuat kerana pengadu tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan anggota bertugas.

Memetik laporan Kosmo!, kejadian yang berlaku pada 8.30 malam 10 Ogos lalu tular di aplikasi TikTok mendakwa seorang lelaki telah dihalau kakitangan Imigresen.

Berdasarkan laporan polis yang tersebar, lelaki itu dan anak-anaknya hadir ke kaunter Imigresen Kuala Selangor kira-kira jam 3 petang.

Setibanya di situ, mereka dimaklumkan sistem tak berfungsi dan mereka telah ke kaunter Imigresen di UTC, Seksyen 14 kira-kira pukul 4.30 petang hari yang sama.

Dia bagaimanapun dimaklumkan nombor giliran sudah habis. Dalam sehari, hanya 200 nombor sahaja dikeluarkan.

Lelaki itu meminta anggota bertugas supaya meletakan Notis Pemberitahuan secara rasmi tetapi tiada apa-apa tindakan.

Kira-kira jam 6.30 petang, pegawai bertugas telah memberikan no giliran 1201 dan 1202 kepada anak-anaknya.

Selesai urusan 1201, anaknya yang memegang nombor 1202 diberitahu sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak berfungsi dan akan dipanggil semula pukul 8 malam.

Selepas 30 minit menunggu, nombor giliran 1202 masih tidak dipanggil sedangkan pada ketika itu giliran sudah menjadi 1211.

Bertujuan untuk mendapatkan penjelasan, lelaki itu terus ke kaunter berjumpa dengan seorang penyelia lelaki untuk bertanyakan mengenai giliran anaknya. Namun dipertikaikan mengapa tidak pergi ke kaunter.

Berasa dipermainkan, dia telah hilang kawalan dan menendang tiang besi.

Secara tiba-tiba seorang pegawai wanita Imigresen yang berada di belakang sebuah kaunter terus menjerit, menghentak meja, memaki hamun dan memberikan amaran tidak membenarkan lelaki itu dan keluarganya berurusan di Imigresen UTC pada masa akan datang.

Tidak berpuas hati, lelaki ini dan anak-anaknya terus ke balai polis untuk membuat laporan mengenai kejadian.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas