Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Mungkin Akan Laksanakan Cukai Baru Selain GST? Ini Penjelasan Menteri Kewangan

Trending

Kerajaan Mungkin Akan Laksanakan Cukai Baru Selain GST? Ini Penjelasan Menteri Kewangan

Kerajaan akan meniliti dan mungkin memperkenalkan cukai baru selain mengadakan balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang sedia ada sebelum ini apabila keadaan ekonomi negara telah pulih nanti. Kajian mengenai cukai-cukai terbabit dilaksanakan oleh jawatankuasa khusus yang telah ditubuhkan pada akhir 2019.

ADVERTISEMENT

Perkara tersebut telahpun dikatakan sendiri oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi sesi wawancara Institut Strategik dan Integriti Terengganu (TSIS) bertajuk ‘Belanjawan 2021: Belanjawan Survival Covid-19’ yang disiarkan menerusi Facebook TV Darul Iman dan Kelantan TV.

Buat masa ini negara dalam proses pemulihan ekonomi, saya rasa tidak sesuai untuk kita memperkenalkan cukai-cukai baharu.

Mungkin Insya-Allah, apabila ekonomi telah pulih semula, kita dapat meneliti kajian yang dibuat sekarang dan lihat apakah cukai yang sesuai untuk diumumkan (dilaksanakan).

Semoga ekonomi negara kita ini semakin pulih dan tiada cukai yang akan membebankan semua pihak.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca kerajaan akan melaksanakan cukai sekiranya ekonomi pulih di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas