Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Mengkaji Keperluan Bagi Syarikat Media Sosial Mendaftar Dan Mempunyai Lesen

Ohmedia kerajaan

Oh! Geekz

Kerajaan Mengkaji Keperluan Bagi Syarikat Media Sosial Mendaftar Dan Mempunyai Lesen

Kementerian Komunikasi dan Digital memaklumkan mereka sedang mempertimbangkan keperluan untuk platform media sosial dan internet gergasi seperti Google, Meta dan TikTok untuk mendaftar dan mempunyai lesen untuk beroperasi.

Ini kerana platform-platform berkenaan menjana pendapatan, dan memberikan kesan kepada syarikat media tempatan.

Menerusi beberapa perbincangan pihak kerajaan,  beberapa langkah sedang dipertimbangkan dalam membolehkan platform berkenaan menyumbang kembali kepada syarikat media tempatan.

IKLAN

Sementara itu, pendaftaran dan pelesenan ini dijangka akan membawa kepada kelangsungan industri media tempatan.

Kerajaan

Malah, ia dapat membantu dalam memastikan syarikat media tempatan untuk terus menjana pendapatan.

Dalam pada itu, masih belum diketahui lagi bagaimanakah syarikat platform internet akan memberikan reaksi terhadap perkara ini.

Sebelum ini, ia pernah dikongsikan kurang 3% pengguna di Facebook yang melihat kandungan berbentuk berita, dan ketiadaan berita di platform mereka dijangka tiada kesan yang serius terhadap platform berkenaan.

Perkara ini sedia terbukti selepas Facebook tidak memaparkan kandungan berita di Kanada baru-baru ini.

BACA: Kerajaan Bakal Lancar Dasar Pendidikan Digital Tak Lama Lagi

Terdahulu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim melakukan pembentangan melibatkan Rancangan Malaysia Kedua Belas di Parlimen dan mengumumkan inisiatif bagi  Dasar Pendidikan Digital dan ia bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas