Connect with us

Oh! Media

“Kenapa Tak Bawa Nasi Ayam!” – Lelaki Kesal Sikap Memilih Segelintir Mangsa Banjir

Trending

“Kenapa Tak Bawa Nasi Ayam!” – Lelaki Kesal Sikap Memilih Segelintir Mangsa Banjir

Sejak kejadian banjir yang menimpa lapan buah negeri baru-baru ini, pelbagai keluhan serta penderitaan masyarakat yang terkesan dengan bencana ini sehingga kekurangan sumber makanan.

ADVERTISEMENT

BACA: Kehabisan Makanan, Individu Terpaksa Pecah Masuk Kedai Di Taman Sri Muda

Hal itu menyebabkan segelintir mangsa banjir bertindak memecah masuk ke dalam pusat membeli belah untuk mendapatkan makanan oleh kerana terlalu lapar.

Oleh itu, pelbagai bantuan barangan serta makanan telah disalurkan kepada mereka yang terjejas termasuklah dari kalangan selebriti tempatan juga turut menyertai misi tersebut.

Bantuan makanan ditolak, lelaki luah rasa kesal

Bagaimanapun, disebalik penat lelah mengharungi pelbagai dugaan dalam membantu mangsa banjir, terdapat pula segelintir daripada mereka yang seakan-akan tidak bersyukur dengan bantuan berkenaan.

Hal itu didedahkan oleh seorang lelaki apabila sebahagian daripada mereka dikatakan bersikap memilih dan cerewet apabila enggan menerima makanan berupa nasi lemak yang dibawanya.

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna TikTok, individu tersebut mendakwa mereka tidak menyukai makanan tersebut selain turut meminta nasi ayam meskipun ketika itu agak darurat akibat bencana.

@zamexciter93

##ad Reply to @puteriamylyanatasha ramai yg tak fhm..sya ada post brader nie dri teluk intan bawa bot sendiri video kena remove.🤦

♬ Ya Allah – Wali

Mereka masih mempersoalkan kenapa bawa nasi lemak dan enggan ambil nasi lemak yang dibawa, sebaliknya tanya kenapa tak bawa nasi ayam bersama lauk.

Perbuatan memilih itu menyebabkan berlaku lebihan makanan sehingga membazir dan makanan melimpah serta bersepah. Kalau plastik basah sikit terus mereka tak nak ambil makanan itu.

PPS rata-rata dihuni oleh warga asing, siap pecah premis lain?

Selain itu, lelaki tersebut turut mengakui rata-rata penghuni dalam PPS berkenaan dihuni oleh warga asing sehingga mendakwa mereka sempat memecah masuk ke beberapa buah premis.

Kami memang berbulu dan naik angin, kita hantar makanan tapi memilih pula. Tambah-tambah warga asing sampai pecahkan Mydin, Shell sebab mereka tak nak pindah tapi terdesak perlukan makanan.

Tak dapat nak kawal keadaan dalam tu. Dia jadi macam darurat pun ada.

Walaupun ‘berbulu’ dengan kajadian seperti itu, namun perkara itu tidak langsung mematahkan semangatnya untuk membantu mangsa banjir dan dilihat masih menjalankan misi bantuannya.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa kesal terhadap mangsa banjir yang mempunyai sikap selain turut bersimpati akan nasib yang menimpa individu berkenaan.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 79,900 jumlah tontonan serta mendapat 4,903 tanda suka.

Kredit: TiktTok zamexciter93

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas