Connect with us

Oh! Media

Pasangan Warga Emas Sanggup Jalan Kaki Demi Tengok Anak Tak Balik Setahun

Trending

Pasangan Warga Emas Sanggup Jalan Kaki Demi Tengok Anak Tak Balik Setahun

Ibu bapa mana yang tak sayang anak kan? Begitu juga dengan pasangan warga emas yang sanggup jalan kaki walaupun hujan untuk hilangkan kerinduan kepada anaknya.

ADVERTISEMENT

Difahamkan anak, menantu dan cucu kepada pasangan itu sudah setahun tidak balik ke kampung akibat kekangan kewangan yang dialami.

BACA: (Video) Ibu Bapa Zayn Rayyan Bawa Kek, Sambut Hari Jadi Anak Di Kubur

Menerusi hantaran Facebook yang dimuat naik oleh Khairul Hakimin, dia berkongsi bertemu dengan pasangan itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Khairul terus berhenti di tepi jalan dan menawarkan untuk hantar ke destinasi yang dituju kerana kasihan lihat mereka berjalan bawa beg besar.

Pakcik itu cakap taknak, taknak. Yang makciknya kemain laju jalan ke depan macam saya nak culik dia. Pakcik tetap menolak, saya kata ‘hujan ni, takpa naik ja, karang demam macam mana?

Setelah beberapa kali dipujuk, pasangan itu akhirnya menerima tawaran daripada pemuda ini.

Setelah menaiki kereta Khairul, pakcik tersebut hulurkan sekeping kertas yang ada alamat dan nombor telefon anaknya.

Tambahnya, pakcik itu meluahkan bahawa anaknya pernah kaya tapi perniagaannya jatuh teruk yang menyebabkan dia tidak balik selama setahun.

Cucu ada 7, menantu tak bekerja. Sepanjang tahun, anak inilah yang akan bantu seluruh keluarga. Namun tahun ini nak balik ke kampung pun tak ada duit.

Pakcik itu juga turut berkata walaupun apa pun keadaan anaknya, dia masih anak yang dididik sejak dulu.

Anak menantu tak tahu mereka berdua datang dari kampung. Nak ke rumah anaknya ini sebab terlalu rindu, dah setahun tak balik-balik

Suasana sayu semasa sampai di rumah anaknya

Sebaik sahaja sampai di rumah anaknya, cucu-cucunya berlari keluar dan memeluk pasangan itu.

Sebelum Khairul meneruskan perjalanannya, pakcik itu menghulurkan wang RM20 sebagai tanda terima kasih namun ditolaknya.

Pakcik kasi saya RM20 suruh saya isi minyak. Saya tak nak, saya kasi RM50 kepada pakcik tapi pakcik tu kata, ‘Yang sikit kamu tolak, kamu tengoklah macam mana Allah nak bagi kamu banyak? Kamu pandang rendah ke dengan RM20 saya ni.

Khairul menerima pemberian itu lalu memasukkan RM50 ke dalam poket pakcik itu ketika dipeluk.

Perkongsian ini terima banyak komen dari netizen yang menyuarakan rasa sayu ketika membaca cerita tersebut.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas