Connect with us

Oh! Media

Ejen Tarik Kenderaan Gagal Tunjuk Bukti, Warga Emas Acu Pistol

Trending

Ejen Tarik Kenderaan Gagal Tunjuk Bukti, Warga Emas Acu Pistol

Tular video lelaki mengacukan pistol yang menimbulkan kebimbangan orang ramai. Dua ejen tarik kenderaan diancam oleh warga emas dengan pistol kerana gagal menunjukkan bukti di Bandar Tun Hussein Onn.

ADVERTISEMENT

BACA: Rompak Guna Pistol Mainan, Tiga Sahabat Dituduh Di Mahkamah

Menurut laporan Harian Metro, lelaki yang berusia 60 tahun itu datang ke lokasi selepas kereta dipandu anak perempuannya dihalang oleh ejen tersebut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, menerima laporan kejadian dari pengadu lelaki berusia 34 tahun yang bertugas menarik kenderaan itu kerana disyaki ada tunggakan bayaran bank.

Semasa proses menarik kenderaan itu, suspek datang ke lokasi dan bertindak menghalang pengadu dengan alasan mereka tidak tunjuk surat bank dan laporan polis berkenaan tunggakan bayaran.

Pengadu mendakwa lelaki itu juga menafikan kereta dipandu anaknya itu mempunyai tunggakan bayaran dengan pihak bank.

Oleh itu, berlaku perselisihan faham antara mereka sebelum suspek bertindak mengeluarkan pistol dan memegang senjata itu sambil menghalau pengadu serta rakan,

Mohd Zaid berkata dua ejen tersebut sempat merakam tindakan suspek dan susulan kejadian itu, keduanya tampil ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan.

Suspek mendakwa melakukan perbuatan itu kerana bimbang dan curiga ke atas pengadu yang disangka mempunyai niat jahat untuk menarik kereta tetapi gagal membuktikannya melalui dokumen tarik kenderaan

Semakan mendapati suspek mempunyai lesen senjata api sah dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas