Connect with us

Oh! Media

Kantoi Menipu, Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Kedai Besi Buruk Guna Minyak Peket

Oh! Tidak

Kantoi Menipu, Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Kedai Besi Buruk Guna Minyak Peket

Kedai besi buruk merupakan sebuah premis yang akan membeli segala jenis logam atau besi buruk yang tidak dipakai lagi dan akan diukur mengikut berat besi tersebut.

ADVERTISEMENT

BACA: Cubaan Menipu Guna Pelekat Palsu Gagal, Lebih RM127,000 Arak Dan Rokok Dirampas

Barang-barang seperti besi buruk, kotak, tin minuman, bateri kereta, copper, dan wayar selalunya akan menjadi pilihan pemilik kedai dan akan dibayar mengikut berat yang telah ditetapkan.

Namun, terdapat juga segelintir kedai besi buruk yang menggunakan pelbagai cara ‘kotor’ bagi mengaut keuntungan dengan cara menipu pelanggan.

Lelaki dedah penipuan kedai besi buruk dengan minta peket

Bagaimanapun, kejadian sama turut berlaku kepada seorang individu apabila dikatakan hampir menjadi mangsa penipuan oleh sebuah kedai besi buruk.

Menerusi perkongsianya di aplikasi TikTok, dia telah membongkarkan ‘taktik rahsia’ kedai tersebut selepas dipercayai telah mengubah suai mesin penimbang untuk mengaut keuntungan.

Difahamkan, kejadian bermula apabila dia yang menaiki sebuah van datang ke kedai tersebut untuk menjual beberapa besi buruk yang dibungkus di dalam guni.

Dia juga turut membawa empat peket minyak masak yang sepatutnya seberat 4 kilogram (kg), namun apabila diletakkan pada alat penimbang kedai tersebut, ia turun menjadi 3 kg sahaja.

@johantamat

♬ original sound tamat – johan

Berhubung dengan itu, lelaki tersebut nekad mempersoalkan ketulusan penimbang tersebut, namun pekerja kedai berkenaan hanya berdiam diri serta mengangkut kembali besi tersebut ke dalam van.

Bagaimanapun, lokasi kejadian dipercayai berlaku berhampiran sekolah di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur. Namun, tarikh sebenar klip video berkenaan masih tidak diketahui.

Selain itu, terdapat juga komen dari netizen yang bertanyakan adakah minyak peket berkenaan benar-benar 1 kg sebelum dibuktikan oleh lelaki tersebut.

Menerusi perkongsiannya yang lain, dia telah menimbang berat keempat-empat minyak tersebut pada penimbang miliknya dan mendapati ia menunjukkan pada bacaan hampir 4 kg.

@johantamat Reply to @mrmark288 ♬ original sound – johan

Walaupun tidak menunjukkan berat yang tepat kepada 4 kg, namun ia hanyalah dibezakan lebih kurang 50 gram sahaja dan jauh berbeza dari kedai tersebut.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat mengecam penipuan yang dibuat oleh kedai besi buruk itu selain berharap agar premis tersebut dikenakan tindakan.

Setakat ini, perkongsiannya itu telah mencapai lebih daripada 250,000 jumlah tontonan serta mendapat 6,903 tanda suka.

Kredit: TikTok johantamat

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top