Connect with us

Oh! Media

Cubaan Menipu Guna Pelekat Palsu Gagal, Lebih RM127,000 Arak Dan Rokok Dirampas

arak dan rokok dirampas

Trending

Cubaan Menipu Guna Pelekat Palsu Gagal, Lebih RM127,000 Arak Dan Rokok Dirampas

Tiga lelaki yang cuba untuk melakukan penyeludupan arak dan rokok dirampas oleh pihak berkuasa di Taman Delima dan Saujana, Kluang, semalam.

ADVERTISEMENT

BACA: “Larangan Merokok Di Tempat Awam Akan Dikuatkuasakan” – KJ

Tiga lelaki itu dikesan cuba membuat tipu daya dengan menggunakan pelekat kastam tiruan pada kotak-kotak arak dan rokok tersebut.

Sindiket pengedaran rokok dan arak

arak dan rokok dirampas

Menerusi laman Utusan, Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintenden Dimin Awang berkata, rampasan yang dilakukan mencecah RM127,318 dan telah memutuskan satu rantaian sindiket pengedaran rokok dan arak tanpa cukai di daerah Kluang.

Dalam operasi pertama kira-kira 9.30 pagi, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Batalion 5 PGA menahan dan membuat pemeriksaan ke atas dua suspek di sebuah premis di Jalan 1, Taman Delima, di sini.

Antara barang yang dirampas adalah 54 karton rokok pelbagai jenama dan 1,745 botol arak pelbagai jenama. Semua barang tersebut tidak memiliki cukai kastam serta menggunakan pelekat kastam yang disyaki palsu.

Menurut Dimin, hasil selepas menahan dua orang suspek, mereka telah membuat siasatan di satu lagi premis dan menahan seorang lagi suspek lelaki. Pihaknya telah merampas 168 tin arak pelbagai jenama dan 175 botol arak pelbagai jenama yang tidak memiliki cukai kastam. Ketiga-tiga suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Daerah untuk siasatan lanjut.

Itulah, walau pandai macam mana sekalipun, kalau buat jahat tu, pasti akan ditangkap. Semoga tak ada lagi penyeludup arak dan rokok berleluasa di luar sana.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas