Connect with us

Oh! Media

Kanak-Kanak 6 Tahun Dicabul Bapa Tiri Selepas Balik Taska

6 tahun

Oh! Tidak

Kanak-Kanak 6 Tahun Dicabul Bapa Tiri Selepas Balik Taska

Kejadian di Taman Sri Anadalas, Klang, perbuatan seorang lelaki yang mencabul anak tirinya berumur 6 tahun terbongkar selepas berjaya ditangkap di rumahnya.

ADVERTISEMENT

BACA: Remaja Kahwin Usia Muda, Dirogol 400 Lelaki Selama 6 Bulan

Menerusi Laporan Kosmo, suspek berusia 30 tahun itu telah ditangkap pada jam 8 malam selepas mangsa mengadu tentang kejadian tersebut kepada bapa kandungnya.

Dicabul selepas pulang dari taska

6 tahun

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong menyatakan bahawa kejadian itu berlaku pada hari Isnin, jam 12 tengah hari di dalam sebuah bilik di rumah tersebut.

Semasa kejadian, hanya mangsa dan suspek sahaja yang berada di rumah dan mangsa dicabul selepas pulang dari taska.

Suspek dikatakan telah menyentuh kemaluan kanak-kanak tersebut sebelum mangsa bertindak memaklumkan kejadian tersebut kepada bapa kandungnya.

Kita yang menerima laporan polis kemudiannya telah berjaya menahan suspek di rumahnya pukul 8 malam tadi.

Suspek dan ibu mangsa baru sahaja berkahwin pada Januari lalu dan mangsa yang berumur 6 tahun itu dijaga oleh kedua-dua ibu bapanya secara bergilir.

Suspek direman selama enam hari dan siasatan lanjut masih dilakukan untuk mengetahui jika ini merupakan kali pertama suspek melakukan perkara itu kepada mangsa.

Semoga suspek mendapat hukuman yang setimpal dan tidak mengulanginya lagi. Semoga mangsa tidak trauma dengan kejadian ini dan mendapat keadilan yang sepatutnya.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top