Connect with us

Oh! Media

“Kami Trauma” – Percutian Sekeluarga Bertukar ‘Tragedi’ Gara-Gara Monyet

Oh! Tidak

“Kami Trauma” – Percutian Sekeluarga Bertukar ‘Tragedi’ Gara-Gara Monyet

Percutian! Itulah jawapan pertama yang akan disebut oleh segelintir masyarakat sebelum kelonggaran rentas negeri serta aktiviti beriadah diumumkan baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Sperma Dari Sel Stem Monyet Bantu Masalah Lelaki Mandul

Kesan dari itu, banyak kawasan pelancongan seperti Pulau Langkawi, Pulau Redang dan Cameron Highland telah menerima kemasukan pelancong yang tinggi sejak akhir-akhir ini.

Namun, terdapat juga kejadian tidak menyenangkan berlaku semasa melakukan aktiviti tersebut sehingga mereka terpaksa menelan kenangan pahit selama-lamanya.

Percutian sebuah keluarga terganggu angkara monyet liar

Bagaimanapun, perkara serupa turut berlaku kepada sebuah keluarga selepas percutian pertama mereka sejak kelonggaran rentas negeri terganggu gara-gara monyet liar.

Mangsa, Norazimah Bunihan, mengakui dirinya serta keluarga terpaksa mengalami detik cemas apabila ‘diserang’ sekumpulan monyet sehingga menyebabkan bayinya mengalami kecederaan akibat terjatuh.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika mereka menginap di sebuah hotel berhampiran Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, bersama suami serta tiga orang anaknya pada 8 November yang lalu.

Bercerita tentang kejadian, Norazimah ketika itu bersama keluarganya sedang berjalan kaki ke kereta yang diletakkan berhampiran hotel untuk mengambil selipar.

Sebaik sahaja tiba di kereta kira-kira jam 5.52 petang, mereka mula berasa cemas selepas melihat sekumpulan monyet liar di pokok serta memanjat kereta pengunjung yang lain.

Belum sempat suami tiba di kereta ada seekor monyet yang agak besar terus mengejar dan ingin menerkam suami menyebabkan suami berlari ke arah hotel.

Saya dan anak-anak menjadi panik dan kerana monyet liar berada di sebelah stroler bayi, saya cuba melarikan diri dengan menolak stroler sebelum bayi saya tersembam.

Bayi alami cedera ringan, terpaksa dibawa ke hospital berhampiran

Kesan dari itu, bayinya yang berusia 11 bulan telah mengalami luka serta lebam di bahagian muka sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afan (HTAA) Kuantan.

Walaupun tidak mengalami sebarang kecederaan serius, dia tetap berasa trauma dengan kejadian itu, lebih-lebih lagi si kecilnya itu mempunyai penyakit sawan.

Bayi saya dalam keadaan stabil walaupun kesan lebam dan luka masih ada lagi, kami perlu pantau keadaannya takut sawan dia bertambah teruk akibat kejadian.

Bertindak dengan kejadian itu, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) telah mengambil tindakan segera daripada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Katanya, kawasan Telok Cempedak dan Bukit Pelindung akan ditutup sementara pada 11, 16, 18, 23, dan 24 bagi operasi kawalan kera oleh Perhilitan.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas