Bila orang sembang pasal Maldives, ramai dah bayangkan view mewah atas laut, tidur dalam bilik ada lantai kaca sambil nampak penyu berenang. Tapi tahu tak, sebenarnya nak jejak kaki ke Maldives tak semahal yang korang sangka?
Melihat dari perkongsian seorang lelaki di Facebook berdasarkan pengalamannya bercuti ke Maldives dengan bajet ‘mesra poket’ yang confirm buat korang tercengang.
“Bagi aku antara trip paling murah aku pergi ialah Maldives.”
Nak tahu rahsia pertama dia jimat? Tiket flight AirAsia one-way hanya RM239! Sama harga macam terbang ke Kuching je.
Tengok AirAsia buat 1 way RM239, dah macam tiket pergi Kuching je. 4 jam lebih. Pekena nasi lemak Pak Nasser RM13 atas tu dah kenyang sampai sana.
Ramai fikir Maldives ni kena tidur atas laut, siap jamban dalam laut konon feeling honeymoon. Tapi realitinya, kalau nak jimat, lupakan semua tu!
Janganlah kau pilih nak resort atas air, jamban dalam laut sambil melabur nampak penyu tu. Jual kereta kau pun tak lepas nak tidur 1 malam sana.
Katanya, hotel bajet di Male sekitar RM100-RM150 pun dah selesa. Nak ke bandar pun senang, dari airport terus naik bot USD1, dalam 10-15 minit je sampai.
Nak explore pulau? Ada day trip murah siap buffet!
Kalau rasa nak berjalan ke pulau-pulau lain, tak perlu bermalam. Ambil je day trip, siap ada lunch buffet lagi.
Dia ada je day trip, siap lunch buffet… seorang dalam 100-125 USD. Malam balik la Male balik.
Bandar Male ni kecil je, lebih kecil dari Pulau Pangkor katanya. Jadi boleh sewa motor dan pusing-pusing dengan lesen Malaysia je.
Katanya lagi, boleh guna servis Atollrent yang akan hantar motor ke hotel dan ambil semula lepas tu. Senang gila!
Nak jimat makan? Boleh je!
Kalau korang jenis nak jimat maksimum, boleh beli Indomie dan masak sendiri. Tapi kalau nak makan sedap, area fish market banyak restoran tempatan. Balik dari Maldives pun senang, naik bot dari jeti yang sama setiap 15 minit.
Yang paling best, rakyat Malaysia tak perlu apply visa. Cuma isi borang online je di laman imigresen Maldives secara percuma.
Memadai declare di https://imuga.immigration.gov.mv/traveller, free je.
Untuk internet pulak, penulis sarankan sewa roaming WiFi siap-siap di KLIA, sebab telco Malaysia tak ada roaming penuh kat sana.
Pssttt! Kalau dulu Maldives rasa macam mimpi yang jauh, sekarang dah boleh jadi kenyataan untuk semua orang. Yang penting bijak buat pilihan dan tahu bajet. Tak semestinya travel tu kena mewah, yang penting pengalaman dan kenangan. So siapa kata marhaen tak boleh jejak kaki ke syurga dunia?
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.