Connect with us

Oh! Media

Sperma Dari Sel Stem Monyet Bantu Masalah Lelaki Mandul

sel stem monyet

Oh! Tidak

Sperma Dari Sel Stem Monyet Bantu Masalah Lelaki Mandul

Penghasilan sel-sel sperma dari sel stem monyet dipercayai dapat membantu lelaki yang mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat dan tidak subur, menurut para saintis.

ADVERTISEMENT

BACA: Apa Sebab Kim Jong-kook Rancang Mahu Simpan Sperma?

Menurut Kosmo, kumpulan saintis dari Universiti Georgia telah menggunakan sel stem daripada monyet jenis rhesus macaque untuk menghasilkan round spermatids, iaitu sel-sel sperma yang tidak matang.

Merawat masalah kemandulan

sel stem monyet

Spermatids didapati dapat mensenyawakan sel telur monyet dan Saintis berharap kaedah tersebut dapat dilakukan kepada manusia.

Ini merupakan pencapaian utama dalam menghasilkan terapi berasaskan sel stem bagi merawat masalah kemandulan lelaki dalam kes-kes di mana mereka tidak mampu menghasilkan sel sperma yang sihat.

Ia juga merupakan langkah pertama yang menunjukkan bahawa teknologi ini adalah berpotensi untuk dilakukan ke atas manusia. – Charles Easley

Ketua penyelidik, Charles Wasley juga mengatakan bahawa mereka menggunakan spesies haiwan yang lebih relevan dengan manusia dan mencatatkan kejayaan dalam manghasilkan embrio-embrio yang sihat.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas