Connect with us

Oh! Media

JPN Perak Masih Menanti Laporan Pakar Kes Kematian Remaja Sehari Selepas Terima Vaksin Kedua

hospital perak

Trending

JPN Perak Masih Menanti Laporan Pakar Kes Kematian Remaja Sehari Selepas Terima Vaksin Kedua

Umum mengetahui bahawa kerajaan ketika ini telahpun memulakan program vaksinasi bagi remaja dan kanak-kanak. Sejak itu ada pihak yang bersetuju dan tidak bersetuju untuk menghantar anak mereka mendapatkan vaksin Covid-19.

ADVERTISEMENT

Walaupun kandungan vaksin Covid-19 ini telah dikaji selamat, masih ada yang meraguinya. Keraguan ini bertambah selepas ada beberapa kematian yang mendakwa berpunca dari vaksinasi.

Remaja lelaki dilapor meninggal dunia sehari selepas suntikan kedua vaksin

Kejadian ini dilaporkan berlaku di Perak dan pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak masih menunggu laporan lengkap siasatan pakar forensik. Siasatan ini dilakukan selepas seorang remaja lelaki dilaporkan meninggal dunia pada 24 Oktober lalu selepas menerima dos kedua vaksin.

Datuk Dr Ding Lay Ming, pengarah Kesihatan Perak mengesahkan berita kematian remaja 15 tahun itu. Arwah menerima suntikan dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin, Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat pada 23 Oktober lalu.

Seperti kebanyakan penerima vaksin, remaja berkenaan dilaporkan hanya mengalami sakit di tempat suntikan dan tidak mengalami sebarang alahan lain. Arwah turut tidak mengalami sebarang alahan ubat atau mengidap sebarang penyakit kronik.

Tidak alami sebarang masalah untuk suntikan pertama

Remaja itu juga tidak memaklumkan mengalami sebarang masalah atau komplikasi selepas menerima suntikan dos pertama sebelumnya.

Sekitar 9.30 pagi pada 24 Oktober iaitu sehari selepas menerima suntikan dos kedua, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan sesak nafas lalu tidak sedarkan diri di rumahnya. Dia kemudiannya disahkan meninggal dunia pada 10.40 pagi di sebuah hospital swasta ketika menerima rawatan kecemasan.

Hasil bedah siasat awal yang dijalankan pada hari kematian mendapati terdapat penyempitan saluran paru-paru pada remaja terbabit. Bagaimanapun, pihaknya masih menantikan laporan penuh semua sampel tisu dalam badan arwah yang dihantar bagi pemeriksaan lanjut Pakar Perubatan Forensik Patologi. Ini dilakukan oleh pakai dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Diharapkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga laporan siasatan penuh diterima dan dimaklumkan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas