Oh! Negara
Anak Lahir Di Luar Negara Terima Kewarganegaraan Automatik Mulai Jun Atau Julai
Perkara ini diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Terkini! Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan pemberian kewarganegaraan automatik kepada anak yang lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara, bakal dilaksanakan pada Jun atau Julai tahun ini.
Memetik laporan Sinar Harian, langkah ini dibuat selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan diluluskan Parlimen tahun lalu.
Ini punca kenapa tempoh lama diambil

Menurut beliau lagi, keputusan ini merupakan hasil perancangan teliti termasuk proses semakan perundangan, penyediaan dokumen dan pewartaan.
Malah, tempoh lama diambil memandangkan pindaan kepada Peraturan Kewarganegaraan Malaysia 1964 ini dibuat dalam dua versi bahasa.
Selepas selesai disemak oleh Jabatan Peguam Negara (AGC), mereka perlu mempersiapkan dokumen serta memaklumkan kepada pejabat mewakili Malaysia di seluruh dunia.
Seterusnya, proses perkenan dan pewartaan.
Pencapaian kerajaan Madani dan penyelesaian permohonan lama

Beliau turut menegaskan bahawa proses membuat keputusan terhadap permohonan kewarganegaraan tidak pernah dihentikan walaupun pindaan perlembagaan sedang berlangsung.
Bagi tahun 2025, saya menetapkan sasaran untuk membuat keputusan terhadap 20,000 permohonan kewarganegaraan. Hingga semalam, laporan pegawai menunjukkan saya telah membuat keputusan terhadap 20,032 permohonan melepasi KPI sebanyak 32 permohonan.
Beliau turut berkongsi bahawa baki permohonan kini berkurangan kepada kurang daripada 4,000 berbanding hampir 50,000 semasa beliau mula memegang jawatan.
Pssttt! Langkah pemberian kewarganegaraan automatik ini pasti menjadi kelegaan buat ramai ibu warganegara yang sebelum ini terpaksa menempuh proses panjang demi memastikan hak anak mereka terbela.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM