Connect with us

Oh! Media

Dikatakan Jadi Dalang Pembuangan Biskut Raya, YPM Buat Laporan Polis

Trending

Dikatakan Jadi Dalang Pembuangan Biskut Raya, YPM Buat Laporan Polis

Tular baru-baru ini sebuah gambar yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Ahmad Fahmi memaparkan lambakkan biskut raya yang dibuang di Jalan Kampung Baharu Jenderam, Dengkil yang tular Ahad lalu dipercayai angkara Yayasan Pendidikan Malaysia (YPM) yang menjadi dalang pembuangan tersebut.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Kosmo!, YPM telah membuat laporan polis berhubung isu pembuangan sisa biskut raya bagi memperjelaskan perkara sebenar kepada umum setelah diberikan nasihat oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

YPM menerusi hantarannya di laman Facebook berkata, laporan polis sudah dibuat bagi membersihkan nama YPM supaya tidak disalah erti oleh orang awam.

Ia juga dibuat bagi membersihkan nama dan imej YPM serta Pertubuhan Orked Penyayang.

Pihak YPM menyeru orang ramai untuk berhenti daripada membuat sebarang spekulasi dan andaian yang boleh menimbulkan fitnah dan mencemar nama YPM dan Pertubuhan Orked Penyayang.

Terdahulu, menerusi satu rakaman video, YPM menafikan pihaknya serta Pertubuhan Orked Penyayang merupakan dalang yang membuang kuih raya tersebut.

Menurut seorang jurucakap YPM, mereka hanya berperanan dalam mempromosi dan menjualnya biskut tersebut menerusi laman Facebook sahaja.

Biskut tersebut dihasilkan oleh sebuah hotel dan mereka hanya berperanan mempromosi dan menjualnya menerusi laman Facebook pada tahun lalu, namun langsung tidak menyimpan stok biskut raya itu.

Kami juga tidak dimaklumkan berapa jumlah kuih yang telah dihasilkan pihak sana ataupun berapa bilangan pelekat yang menggunakan logo YPM oleh pihak sana.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas