Connect with us

Oh! Media

PKP Secara Menyeluruh Perlu Dilaksanakan?

C7617c66 f6a7 4b08 b081 d30dba6e20b1

Trending

PKP Secara Menyeluruh Perlu Dilaksanakan?

Sejak kebelakangan ini, kes penularan Covid19 makin menjadi-jadi terutamanya di Selangor. Menurut Pakat Pakar Virologi Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar, kita semua perlu sentisa berada di rumah dan mematuhi segala SOP yang telahpun ditetapkan.

Memandangkan rakyat agak sukar untuk mematuhi SOP, maka Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh adalah jalan paling baik bagi mengekang penularan Covid19.

Sesiapa saja boleh membawa virus dan dijangkiti termasuk mereka yang bekerja di sektor ekonomi serta penerima vaksin.

Ini kerana ada penerima vaksin yang merasakan diri mereka sudah kebal dan tidak mematuhi SOP seperti pemakaian pelitup muka sebab itulah ada penerima vaksin juga dijangkiti Covid-19.

Vaksin bukan melindungi daripada jangkitan tetapi membantu mengurangkan kadar rawatan dan kematian.

Katanya kepada Harian Metro juga, kadar kematian akibat Covid19 juga menaik secara mendadak ketika ini. Sekiranya PKP secara menyeluruh tidak dilaksakan, keadaan akan bertambah teruk.

IKLAN

Jika dibuat perbandingan kes positif dan kematian dalam waktu singkat ini, kadar kematian jauh lebih tinggi.

Apa yang menakutkan apabila pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 adalah di kalangan orang muda seawal usia 20-an.

Apa pandangan korang?

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas