Connect with us

Oh! Media

Ini Perkembangan Terkini Kes Suami Tergamak Pukul Isteri Sampai Mati

suami

Oh! Tidak

Ini Perkembangan Terkini Kes Suami Tergamak Pukul Isteri Sampai Mati

Seorang suami tergamak memukul isterinya sehingga mati didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh.

ADVERTISEMENT

Namun, tiada pengakuan yang direkodkan daripada tertuduh, Mohamed Imran Mohamed Yunos selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md. Sain.

Dalam pada itu, pengakuan tidak direkodkan berikutan kes bunuh dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Suspek Mohamed Imran yang merupakan ahli perniagaan itu didakwa membunuh isterinya, Azween Noor Alias di sebuah pangsapuri di Jalan Sutera Pines di sini antara pukul 8 malam hingga 10.30 malam pada 22 Julai lalu.

Sementara itu, pertuduhan telah dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

suami

Malah, sewaktu prosiding hari ini, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nurul Husna Amran manakala tertuduh diwakili peguam P. Gunalan.

Kemudian, mahkamah menetapkan 13 September ini bagi sebutan semula kes sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

BACA: Polis Buru Suami Hilangkan Diri Lepas Isteri Disahkan Maut Disyaki Didera

Difahamkan, seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya pada Julai lalu dengan objek tumpul sehingga meninggal dunia akhirnya ditahan ketika menyembunyikan diri suatu kawasan di Johor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang berusia 32 tahun itu disyaki berada di sana bagi menyembunyikan diri dari pihak berkuasa.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7255156661944438023?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas