Connect with us

Oh! Media

Hasrat 3 Beranak Tak Kesampaian, Motosikal Terbakar Dalam Perjalanan Ke Baitumal

Trending

Hasrat 3 Beranak Tak Kesampaian, Motosikal Terbakar Dalam Perjalanan Ke Baitumal

Seorang lelaki kaum Orang Asli yang berhajat untuk meminta bantuan dari Baitumal Johor tidak kesampaian selepas motorsikal yang dinaiki bersama dua orang anaknya itu terbakar semalam semasa dalam perjalanan disebabkan ada percikan api dari enjin.

ADVERTISEMENT

Ya Allah, sedih betul bila dengar cerita yang disampaikan menerusi akaun Facebook Polis Daerah Kulai ni. Sebelum kejadian, motorsikal yang ditunggangnya itu juga mengalami kerosakan dan terpaksa berhenti di lorong motosikal Plaza Tol Senai. Ini yang dikatakan ‘Sudah Jatuh, Ditimpa Tangga’.

Mujurlah ada seorang anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya berhampiran terus bergegas bagi membantu memadamkan kebakaran. Alhamdulillah, api berjaya dipadamkan. Bapa dan kedua-dua anaknya itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Walaubagaimanapun, motosikal yang dinaiki mereka itu mengalami kerosakan sepenuhnya kerana api marak. 

Kredit: Facebook Polis Daerah Kulai

+ Baca respon pembaca hasrat tidak kesampaian di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas