Connect with us

Oh! Media

Guru Sedar Ditipu Macau Scam Lepas Hampir Setahun, Duit Lebih RM250,000 ‘Lesap’

Trending

Guru Sedar Ditipu Macau Scam Lepas Hampir Setahun, Duit Lebih RM250,000 ‘Lesap’

Sindiket penipuan Macau Scam sehingga ke hari ini masih belum dapat ditumpaskan sepenuhnya. Pelbagai taktik licik digunakan sindiket untuk menipu daya mangsa, sehingga ada yang hilang ratusan ribu ringgit.

ADVERTISEMENT

BACA: Lagi Kita Cuba Perangi, Lagi Ramai Pula Kena Tipu Macau Scam

Seperti kes yang dilaporkan Harian Metro ini, seorang guru wanita hanya menyedari dirinya ditipu sindiket selepas lima bulan membuat ‘bayaran ansuran’ ke akaun banknya sendiri sebanyak lebih RM250,000.

Kronologi kes

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab Ghani, mangsa mendapat panggilan daripada satu syarikat insurans di Ampang Jaya pada Jun 2021 memaklumkan mengenai pengesahan tuntutan yang kononnya dibuat mangsa.

Mangsa menafikan ada membuat tuntutan itu dan pihak insurans berkata mereka akan membuat laporan polis dan mangsa hanya berdiam diri.

Pada hari yang sama, mangsa mendapat panggilan kononnya dari Balai Polis Ampang Jaya. Pemanggil yang memperkenalkan diri sebagai ‘Sarjan Razlan’ berkata dia telah menerima laporan polis daripada syarikat insurans berkaitan wanita itu.

Sarjan itu memaklumkan maklumat peribadi mangsa seperti nombor kad pengenalan terbabit dengan kes pengubahan wang haram membabitkan 13 akaun bank.

Keesokan harinya pula, mangsa mendapat panggilan daripada ‘Inspektor Wati’. ‘Inspektor Wati’ memintanya memindahkaan wang ke dalam satu akaun miliknya sendiri.

Mangsa diminta untuk memberikan akaun bank yang jarang digunakan untuk dijadikan tempat mengumpul wang sebagai bayaran balik bagi menyelesaikan kes pengubahan wang haram itu.

Difahamkan mangsa yang kononnya disiasat atas dakwaan penggubahan wang haram diarahkan supaya tidak memaklumkan kejadian kepada sesiapa.

Mangsa juga diarahkan untuk melaporkan diri melalui Whatsapp bermula Jun 2021 hingga Oktober 2021.

Hujung Oktober 2021 hingga Mac lalu, mangsa melakukan sembilan transaksi ke dalam akaun bank yang diberikan kepada sindiket dengan nilai keseluruhan RM265,225.

Wang RM200,000 diperoleh hasil pinjaman daripada dua bank seperti yang diarahkan suspek. Selebihnya iaitu sebanyak RM65,225 wang simpanan mangsa sendiri.

Pada 8 April lalu, mangsa membuat semakan baki di dalam akaun itu dan mendapati hanya ada sebanyak RM78.

Hasil semakan dengan pihak bank, wang tersebut telah dipindahkan ke satu akaun yang tidak dikenali. Mangsa mendakwa dia tidak mempunyai akses perbankan atas talian untuk akaun itu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas