Connect with us

Oh! Media

Lagi Kita Cuba Perangi, Lagi Ramai Pula Kena Tipu Macau Scam

Umum

Lagi Kita Cuba Perangi, Lagi Ramai Pula Kena Tipu Macau Scam

Ohmedia rasa, macam lagi kita ingatkan, lagi ramai pula yang jadi mangsa penipuan Macau Scam ni. Tapi, kita tetap perlu juga ingatkan orang disekeliling kita untuk lebih berhati-hati. Kali ini, ia melibatkan seorang wanita suri rumah yang hilang RM290,000 selepas dikatakan terbabit dengan jenayah pengubahan wang haram.

ADVERTISEMENT

Dengar alasan Macau Scam ni pun, dah tahu penipu. Tapi apa boleh buat, disebabkan takut ditangkap pihak berkuasa, wanita terbabit tetap terpedaya selepas mendengar plot yang direka untuk menipu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Aibee Ab Ghani, berkata pada 16 Ogos lalu, suri rumah itu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki konon dari pejabat pos di Kuantan, Pahang memberitahu mangsa ada mengirimkan kad kredit dan MyKad ke Sarawak, namun mangsa menafikan perkara itu.

Panggilan kemudian disambungkan kepada seorang lelaki mengaku anggota polis dan memberitahu mangsa terbabit jenayah pengubahan wang haram bersama Danny Wong namun mangsa beritahu tidak mengenali lelaki itu. Suspek meminta mangsa memasukkan RM120,000 dan RM150,000 ke dua akaun yang diberikan kononnya untuk tujuan semakan. Oleh sebab takut, mangsa menuruti arahan dan memasukkan wang berkenaan pada 19 Ogos lalu, katanya.

Dah RM270,000 dah penipu tu dapat sebat. Tidak cukup dengan itu, mereka minta lagi tambahan RM20,000 dari wanita terbabit dan kemudian barulah dia sedar ditipu dan terus membuat laporan di Balai Polis Senawang.

Sekelip mata hilang RM290,000 kan? Bila fikir balik, banyak juga duit simpanan suri rumah ni,huhu. Jadi ingatkanlah orang sekeliling korang dan Ohmedia perasan, mangsa yang selalu terkena tipu ini adalah sekitar umur ibu bapa kita yang mungkin telah memiliki sejumlah wang yang banyak dari EPF atau wang pesaraan.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Geekz


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas