Connect with us

Oh! Media

Gara-Gara Nasi Goreng Pattaya, Pemilik Kedai Lapor Polis Dakwa Pelanggan Rosakkan Reputasi Kedai

Trending

Gara-Gara Nasi Goreng Pattaya, Pemilik Kedai Lapor Polis Dakwa Pelanggan Rosakkan Reputasi Kedai

Pemilik kedai makan di Alor Setar Kedah membuat laporan polis mendakwa seorang pelanggan telah mengganggu, mengancam serta merosakkan reputasi kedainya.

ADVERTISEMENT

Difahamkan situasi tegang mula tercetus apabila pelanggan, Nur Nazirah, memuat naik video meluahkan rasa tak puas hati dengan kualiti nasi goreng pattaya yang dibelinya dengan harga RM9.50 menerusi aplikasi Food Panda.

Video yang dikongsi Nur Nazirah sejak lima hari lalu sehingga kini telah mendapat lebih satu juta tontonan. Video itu juga telah menerima lebih 2,000 komen di mana rata-rata daripada netizen menghentam kedai tersebut.

@zirahrc Replying to @Shima MrsDj ♬ original sound – Zirah Rc

Meskipun sudah memberi penjelasan mengenai nasi goreng dan harga, pemilik kedai ini dipercayai masih menerima kritikan pengguna media sosial yang lain.

@ridzuan_abdunloh13 Replying to @Aierilzam Mansor ♬ original sound – Ridzuan Abdullah275

Oleh itu, dia tampil membuat laporan polis mendakwa perkongsian video pelanggan itu telah menganggu dan merosakkan reputasi kedainya.

Katanya setakat ini dia masih belum menerima maklum balas daripada pelanggan itu. Jelasnya lagi jika isu berterusan, dia tidak teragak ambil tindakan seterusnya.

Rasanya isu ni boleh diselesaikan dengan baik jika kedua-dua mengikut cara yang betul sama ada dalam menegur atau menerima teguran kan?

Kredit: TikTok @zirahrc | ridzuan_abdunloh13

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas