Connect with us

Oh! Media

Gara-Gara Berang Dengan Isteri, Suami Bakar Pondok Belakang Kedai

Trending

Gara-Gara Berang Dengan Isteri, Suami Bakar Pondok Belakang Kedai

Perselisihan faham yang berlaku antara suami dan isteri itu merupakan perkara asam garam bagi sesebuah rumah tangga.

ADVERTISEMENT

BACA: Suami ‘Naik Hantu’ Simbah Isteri Air Panas, Berang Tidur Diganggu Untuk Sarapan

Namun, tidak elok sekiranya pergaduhan itu dibiarkan terlalu lama dan perkara itu sewajarnya diselesaikan dengan cara yang baik dan matang.

Marahkan isteri, pondok dibakar

Namun, lain pula dengan tindakan seorang lelaki yang berang selepas berlaku perselisihan faham dengan isterinya.

Memetik laporan Harian Metro, lelaki berusia 54 tahun tersebut bertindak membakar sebuah pondok di belakang kedai makan milik mereka.

Difahamkan, kejadian yang berlaku di Taman Seri Astana, Sungai Petani itu berpunca selepas lelaki tersebut berang kerana gagal mencari keberadaan isterinya yang keluar dari rumah selepas berlaku perselisihan faham.

Dia yang mengamuk sambil membawa sebilah parang ketika mencari isterinya itu kemudiannya bertindak membakar pondok di belakang kedai mereka serta turut memecahkan cermin belakang kenderaan milik seorang lelaki.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, siasatan awal mendapati suspek mempunyai masalah rumah tangga dengan isteri sebelum wanita terbabit keluar rumah.

Suspek mencari isterinya di kawasan rumah mereka namun wanita berkenaan gagal ditemukan dan dia yang berang membawa parang sebelum membakar pondok belakang kedai makan, selain turut memecahkan cermin kenderaan milik seorang lelaki.

Melihatkan keadaan yang tidak terkawal, orang awam kemudian menghubungi polis memaklumkan kejadian terbabit sebelum suspek berjaya ditahan di rumahnya.

Tambah Zaidy lagi, suspek jug memiliki 12 rekod lampau, yang berkaitan dengan kes jenayah dan dadah.

Suspek tidak bekerja dan kita akan melakukan ujian saringan air kencing terhadapnya. selain turut menyiasat motif dia mengamuk dengan membakar dan merosakkan cermin kenderaan penduduk.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 435, Seksyen 427 KK dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas