Connect with us

Oh! Media

Suami ‘Naik Hantu’ Simbah Isteri Air Panas, Berang Tidur Diganggu Untuk Sarapan

Oh! Tidak

Suami ‘Naik Hantu’ Simbah Isteri Air Panas, Berang Tidur Diganggu Untuk Sarapan

Kejam dan tidak berhati perut, itulah perkataan yang boleh digambarkan apabila seorang suami tergamak menyiram isteri dengan air panas mendidih. Lelaki yang dikenali sebagai Ali Aye dikatakan berang isteri mengejutkannya dari tidur untuk bersarapan.

Sumber: Mirror.co.uk

Difahamkan, ketika kejadian Rukiye Ay membawa sarapan tersebut ke bilik tidur khas untuk suaminya. Namun, selepas dikejut suaminya tiba-tiba marah dan menjerit.

Saya menyiapkan semuanya dan kemudian memberitahu suami supaya dia bersarapan di tempat tidur.

Dia marah dan mahu mengetahui mengapa saya mengejutkannya dan memberitahu saya untuk tidak mengganggunya. Jadi, saya mula bersarapan dengan anak perempuan saya.

Dalam keadaan masih marah, suami mengatakan mahu menceraikan saya dan mendapatkan hak penjagaan anak perempuan kami tidak kira apa yang saya lakukan.

Tambah wanita ini lagi, suaminya mengambil air panas mendidih lalu menyiramnya di bahagian leher.

Sumber: Mirror.co.uk

Suaminya juga cuba menyiram di bahagian muka namun dia sempat elak.

Saya melarikan diri dan boleh merasai kemeja saya melekat pada kulit.

Dia kemudian menyimbah lagi air mendidih ke arah saya dan sebahagiannya terkena kaki anak perempuan dan suami memukul saya di pinggul.

Saya ingin melarikan diri, tetapi saya pengsan akibat kesakitan. Ketika saya tersedar, saya dapat mendengar anak perempuan saya menjerit dan kemudian saya merasakan dia menarik rambut dan mengheret saya ke bilik mandi.

Katanya lagi, tangisan anak membuatkan dia kuat dan lari ke rumah jiran mendapatkan pertolongan sebelum polis tiba tidak lama kemudian.

Walau bagaimanapun, suaminya dipercayai telah dibebaskan dengan jaminan. Perkara ini telah menimbulkan kemarahan warga Turki menyebabkan lelaki tersebut ditangkap semula untuk siasatan lanjut.

Kredit: Harian Metro , Mirror.co.uk

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top