Connect with us

Oh! Media

Ebit Lew & Kerajaan Masing-Masing Hantar Bantuan Ke Sabah

Trending

Ebit Lew & Kerajaan Masing-Masing Hantar Bantuan Ke Sabah

Seperti kita sedia maklum, rakan-rakan kita di Sabah menghadapi waktu yang sukar apabila penyebaran Covid-19 semakin mengganas di sana. Disebabkan itu, Sabah perlu perhatian yang lebih dari kerajaan mahupun swasta.

ADVERTISEMENT

Apa yang menarik perhatian media pada waktu ini adalah apabila pendakwah bebas Ebit Lew sekali lagi tampil menghulurkan bantuan khas buat orang Sabah.

Ebit Lew telah pergi menghantar sendiri bantuan berkenaan dengan menaiki sebuah pesawat kargo yang membawa barangan medikal seperti PPE, Face Shield, Mask, Shoe Cove, dan banyak lagi untuk kegunaan pasukan barisan hadapan di sana.

Ohmedia ada kongsikan gambar Ustaz Ebit Lew dan di ruangan komen agak banyak yang mempersoalkan, “Di mana bantuan kerajaan?”.

Untuk maklumat korang, pagi tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut telah melakukan tinjauan persiapan misi bantuan ke Sabah yang diuruskan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pengkalan Udara Subang seberat 15 tan.

Sebelum ini juga, pasukan barisan hadapan yang terdiri daripada doktor dan pembantu perubatan turut telah dihantar ke Sabah untuk membantu.

Semoga usaha ini dapat diteruskan agar nasib rakyat terbela.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas