Connect with us

Oh! Media

Dubur Dipam Rakan Sekerja, Lelaki Meninggal Dunia Selepas 10 Hari Dirawat

Meninggal dunia

Trending

Dubur Dipam Rakan Sekerja, Lelaki Meninggal Dunia Selepas 10 Hari Dirawat

Pekerja di sebuah kilang di Benggala Barat, Kolkata didakwa mengepam udara pada dubur rakan sekerja untuk keseronokkan. Apa yang difikirkannya tu?

ADVERTISEMENT

BACA : Tular Video Lelaki Curi Tiang Besi, Ada 11 Rekod Jenayah Lampau

Menurut laporan Harian Metro, mangsa telahpun meninggal dunia akibat komplikasi kesihatan selepas 10 hari dirawat di hospital dan perkara ini dikatakan dalam Portal India Today.

Kejadian itu berlaku pada 16 November lepas di sebuah kilang yang terletak di daerah Hooghly, Benggala Barat ketika mangsa bertugas pada syif malam. Ketika itu, rakan sekerjanya memasukkan paip ke dalam duburnya dan mengepam udara.

Dikatakan juga yang si mangsa cuba untuk melawan tindakan rakannya itu tetapi si pelaku terus melakukan perbuatan itu tanpa mempedulikan mangsa.

Disebabkan itu, kesihatan mangsa semakin merosot. Dia dikejarkan ke hospital sebelum meninggal dunia selepas 10 hari dirawat dan doktor mengesahkan bahawa hati si mangsa rosak sepenuhnya akibat tekanan udara.

Jangan main-main dengan sesuatu perkara kalau kita taktahu apa yang akan terjadi selepasnya. Semoga perkara ini dijauhkan dari kita semua.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas