Connect with us

Oh! Media

Dr Zulkifli Bagi Nasihat Deep Pertahan KP Kesihatan Yang Dituduh ‘Takut Mati’

Oh! Politik

Dr Zulkifli Bagi Nasihat Deep Pertahan KP Kesihatan Yang Dituduh ‘Takut Mati’

Kami bila dengar tuduhan Ahli Parlimen Bintulu semalam yang mengatakan Dr Noor Hisham Abdullah ‘takut mati’ juga rasa panas sebab kenyataan itu dibuat tanpa memikirkan langsung apa yang telah dilakukan pasukan barisan hadapan sehingga saat ini.

Terbaru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut mempertahankan Dr Noor Hisham kerana beliau telah melakukan yang terbaik dalam menangani wabak Covid-19.

Saya terdetik untuk mengulas ringkas kenyataan seorang Ahli Parlimen yang menyatakan Tan Sri Dato’ Seri Dr. @DGHisham, Ketua Pengarah Kesihatan sebagai “takut mati”.

Saya amat berharap, itu bukan maksud sebenar beliau. Mungkin ada penjelasan lanjut daripada beliau. Pun begitu, pandangan saya ini adalah untuk renungan bersama.

KP Kesihatan sudah buat yang terbaik, sesuai dengan posisi beliau. Jawapan beliau terhadap kenyataan tersebut dalam sesi sidang media petang tadi pun sudah padat dan memadai. Saya cuma ingin menambah beberapa noktah penting, sebagai kefahaman semua yang membaca dan ikut isu ini.

KP Kesihatan adalah antara individu terpenting dalam usaha memerangi pandemik COVID-19. Saya yakin, kita semua bersetuju bahawa beliau perlu kekal sihat, bersemangat dan terus berjuang bersama-sama semua barisan hadapan demi maslahah Negara. – Jelas Dr Zulkifli.

Dalam pada itu, Dr Zulkifli turut berkongsikan kisah Sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub al-Ansari di mana ketika tentera Muslim berperang dalam rangka menawan kota Knstantinopel, mereka berhadapan dengan jumlah tentera Rom yang amat ramai.

Dr Noor Hisham juga sebelum ini telah memberikan menjelaskan apa yang diusahkan mereka pasukan hadapan untuk memastikan negeri Sabah berjaya menghadapi gelombang Covid-19.

Kredit: Twitter Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Politik

Trending

ITTIFY

To Top