Connect with us

Oh! Media

“Ini Bukan Drama Petang Boleh Minta Letak Jawatan Gitu Je” – PU Amin Pertahan DG Hisham

Trending

“Ini Bukan Drama Petang Boleh Minta Letak Jawatan Gitu Je” – PU Amin Pertahan DG Hisham

Pelakon Lana Nordin baru-baru ini menyelar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah supaya berhenti berbohong kepada rakyat Malaysia mengenai situasi semasa Covid-19. Lana dipercayai turut menggesa Ketua Pengarah Kesihatan meletakkan jawatan yang sedang disandangnya ketika ini.

ADVERTISEMENT

BACA: “Hebat Lakonan Kalah Drama Melayu” – Lara Nodin Mahu DG Hisham Undur Diri

Tidak bersetuju dengan gesaan tersebut, Pencetus Ummah Amin menerusi hantaran terbaru di Instagram mempertahankan Tan Sri Dr Noor Hisham dan berpendapat sudah terlalu banyak pengorbanan yang dilakukan beliau untuk rakyat Malaysia.

Menurutnya, Ketua Pengarah Kesihatan bukan sahaja bergadai nyawa, malah beliau telah berkoban masa dan tenaga demi memastikan negara berjaya melawan penularan wabak Covid-19.

Ini bukan drama petang petang boleh minta letak jawatan gitu je. Gunakanlah pengaruh dan nama untuk memandaikan masyarakat.

Dalam hantaran itu, PU Amin turut berdoa semoga Allah SWT memelihara dan memberi kekuatan kepada semua petugas barisan hadapan dalam berjihad melawan musuh utama negara ketika ini.

Mengakhiri hantaran tersebut, PU Amin memohon semua orang diberikan jalan petunjuk dan kebaikan oleh Allah SWT.

Terdahulu, pelakon Rita Rudaini menerusi Instagram Stories menyatakan sokongan kepada gesaan Lana Nordin dan secara peribadi berpendapat apa yang diluahkan rakan selebritinya itu tidak salah. Malah, Rita mendakwa ramai lagi mempunyai pendapat serupa.

Kredit: PU Amin

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas