Connect with us

Oh! Media

Ini Jawapan Dr Noor Hisham Selepas Didakwa Langgar SOP Dalam Majlis Perkahwinan Anak

Ohmedia drnoor

COVID-19

Ini Jawapan Dr Noor Hisham Selepas Didakwa Langgar SOP Dalam Majlis Perkahwinan Anak

Setiap kali tersebar gambar menunjukkan orang kenamaan sedang menjalani kehidupan seperti orang biasa, mesti ada pihak yang mengambil peluang untuk mencari kesalahan terutamanya melibatkan SOP.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pun tak terlepas dari dipersoal netizen bila gambarnya bersama keluarga dalam majlis perkahwinan anaknya tersebar.

Dr Noor Hisham yang bergambar di atas pentas bersama ahli keluarga didakwa tidak mematuhi SOP kerana tidak memakai pelitup muka dan tidak melakukan penjarakan sosial.

IKLAN

Tahniah @DGHisham dapat menantu tapi kenapa macam tiada SOP? Facemask tak pakai, penjarakan sosial pun tiada nampaknya. – Soal seorang individu.

Dr Noor Hisham yang menyedari dakwaan ini menjawab yang dia hanya bergambar bersama ahli keluarga pada waktu yang singkat.

Ini semua ahli keluarga saya dan tiada orang luar. Hanya untuk bergambar seketika atas pentas. – Jawab Dr Noor Hisham.

Sepatutnya perkara seperti ini tidak seharusnya dipersoal kerana pada waktu ini kerajaan telah membenarkan acara majlis perkahwinan diadakan.

Ohmedia dr noor2

Kredit: Dr Noor Hisham Abdullah

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas