Connect with us

Oh! Media

Cuba Lari Dari Pusat Pemulihan, Pelatih Meninggal Dunia Dibelasah Warden?

Trending

Cuba Lari Dari Pusat Pemulihan, Pelatih Meninggal Dunia Dibelasah Warden?

Pusat Pemulihan merupakan kawasan yang menempatkan individu yang ditangkap kerana ketagihan dadah dan selalunya akan ditempatkan selama 2 atau 3 tahun.

ADVERTISEMENT

BACA: Seorang Warden Berdepan Penjara 133 Tahun Akibat Liwat Pelajar Tahfiz

Antara peranan pusat ini ditubuhkan adalah bagi merawat dan memulihkan individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah serta membantu mereka kembali kepada gaya hidup yang sihat.

Namun, terdapat juga beberapa insiden yang dikatakan pernah berlaku seperti penderaan para tahanan serta aktiviti buli sehingga mampu meragut nyawa mereka.

Pelatih meninggal dunia dibelasah warden di pusat pemulihan?

Perkara sama juga turut berlaku apabila terdapat sebuah kejadian membabitkan seorang pelatih yang meninggal dunia dipercayai dibelasah oleh warden ketika ditangkap kerana cuba melarikan diri dari pusat pemulihan.

Memetik laporan Harian Metro, pelatih berusia 31 tahun yang berasal dari Perlis itu dikatakan pengsan sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Mangsa yang mengalami masalah ketagihan dadah jenis ganja telah dimasukkan ke pusat pemulihan pada April lalu.

Menurut Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat, mangsa dikatakan telah melarikan diri pada jam 3 pagi semalam sebelum warden bertindak mencarinya.

Kemudian, mangsa ditemui warden kita-kira satu kilometer dari pusat tersebut sebelum dibawa pulang menaiki van dan ditempatkan di sel pengasingan bersama enam penghuni lain di dalamnya.

Mangsa yang dalam keadaan lesu serta tidak bermaya itu kemudian dibawa pulang dengan menaiki van dan dia ditempatkan di sel pengasingan.

Warden dipercayai tendang, pijak dan pukul mangsa

Tambah Kamarul Zaman, warden kemudian datang ke sel tersebut pada jam 11 pagi dan bertindak membelasah mangsa termasuklah menendang dada serta memijak leher.

Katanya, kejadian tersebut disaksikan oleh dua orang pelatih senior dan bertindak meleraikan kekecohan serta menenangkan warden tersebut.

Tindakan warden terbabit menyebabkan mangsa mengalami kesan cedera di dada, leher serta hidung berdarah dan selepas hampir tujuh jam kemudian mangsa pengsan ketika sedang mandi bersama enam pelatih lain.

Melihat keadaan pelatih, warden bersama pelatih lain telah membawa mangsa ke Hospital Jitra, Kedah, dengan menaiki sebuah van. Namun, mangsa dikatakan telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan.

Selain itu, doktor juga telah mengesahkan kematian mangsa dan mendakwa terdapat kesan lebam pada leher, dada, bawah dagu dan kesan cakaran kuku pada tubuh mangsa.

Bertindak dengan kejadian tu, warden yang berusia 46 tahun itu yang bertugas sejak setahun lalu telah ditahan bagi membantu siasatan.

Setakat ini, suspek membuat pengakuan awal yang dia memang memukul mangsa.

Walaubagaimanapun, suspek telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kredit: Harian Metro

Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas